Breaking News
Home » Berita » Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir Serah Pada Rakyat

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir Serah Pada Rakyat

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir Serah Pada Rakyat untuk menilai prestasi kepimpinannya selama memegang jawatan Menteri Besar Kedah. Menurut beliau lagi jawatan yang dipegangnya sekarang adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.

Begitulah antara respon yang diberikan oleh Dato Seri Mukhriz berhubung dakwaan gagal menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Kedah dan menguruskan parti oleh beberapa pemimpin UMNO Kedah semalam. Menurut Mukhriz kedudukan beliau sebagai menteri besar ini juga adalah atas perkenan Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menegaskan beliau akan tetap meneruskan khidmat beliau selagi dirinya dikehendaki rakyat.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, dan saya harap rakyat Kedah bersabar” – Mukhriz

Semalam satu sidang media oleh hampir seluruh kepimpinan Umno Kedah diadakan bagi menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri. Pengumuman dibuat oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan hampir kesemua Adun dan ahli Parlimen Kedah.

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir
Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir

sumber Bernama

Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *