Breaking News
Home » Berita » Datuk Seri Ahmad Bashah MB Baru Kedah

Datuk Seri Ahmad Bashah MB Baru Kedah

Datuk Seri Ahmad Bashah MB Baru Kedah mengantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang meletak jawatan hari ini. Beliau yang juga ADUN Bakar Bata diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah baharu.

Dalam satu kenyataan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din , Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar pada 3 Februari, berikutan itu Jemaah Pemangku Sultan Kedah memperkenan Datuk Seri Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar baharu. Pelantikan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar adalah selaras dengan Fasal (1) Perkara 35 Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah.

Majlis angkat sumpah Menteri Besar baharu akan berlangsung di Istana Anak Bukit, jam 10 pagi pada 4/2/2016.

Datuk Seri Ahmad Bashah
Datuk Seri Ahmad Bashah

Sementara itu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Anggota Dewan Negara berkuat kuasa hari ini setelah diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

sumber BH Online

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *