Home » Info Sukan » Datuk Nicol David Cipta Rekod

Datuk Nicol David Cipta Rekod

Pemain skuasy nombor satu dunia dan Malaysia , Datuk Nicol David cipta rekod tersendiri apabila pabila dapat bertahan selama 106 bulan sebagai pemain nombor satu dunia dalam senarai terbaharu Persatuan Skuasy Wanita (WSA).

Dengan kejayaan bertahan selama 106 bulan ini, Nicol David telah berjaya memecah rekod sebelum ini selama 105 bulan yang dipegang oleh Susan Devoy dari New Zealand yang dipegangnya sejak Februari 1993.

Ranking Dunia Skuasy Wanita Terkini
Menurut laman web www.squashsite.co.uk, Nicol memungut 3,446 mata sementara pemain Mesir, Raneem El Welily selaku pemain nombor dua dunia mengumpul 2,580 mata diikuti pemain dari England, Laura Massaro dengan 2,145 mata.

Untuk rekod, Datuk Nicol David yang kini telah berumur 31 tahun telah muncul sebagai pemain nombor satu dunia sejak Januari 2006 dan sepanjang tempoh itu telah menguasai berbagai kejohanan dunia.

Nicol David
Nicol David cipta rekod baru bertahan sebagai pemain skuays nombor satu dunia selama 106 bulan

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *