Breaking News
Home » Berita » Datuk Jackie Chan

Datuk Jackie Chan

Datuk Jackie Chan siapa yang tidak kenal dengan pelakon lagak ngeri popular dari Hong Kong ini. Sekarang Jackie Chan telah pun bergelar datuk. Bukan sebab dia dah bercucu tapi kerana dapat anugerah itu sempena hari Wilayah Persekutuan.

Jackie Chan telah dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muā€™adzam Shah bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan 2015.

Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak tahun 2008 itu adalah bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan, jasa serta khidmat cemerlang warga dalam Wilayah Persekutuan.

Ramai yang bertanya-tanya, apa jasa Jackie Chan ? Mungkin kerana atas promosi sekitar Kuala Lumpur dalam Police Story 3 dulu. Dan mungkin juga ada sebab lain yang berkaitan hal hal promosi perlancongan. Anda boleh cari sendiri pandangan pro dan kontra berkaitan anugerah ini. Kalau tidak ada sumbangan manakan tidak diberi anugerah, pasti ada..tahniah Dato Jackie Chan.

Datuk Jackie Chan
Datuk Jackie Chan

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *