Breaking News
Home » Berita » Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia

Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia

Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia. Pengulas sukan terkenal tanahair Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia ketika dalam rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 12.20 tengahari ini. Allahyarham dimasukkan ke IJN semenjak 4 Februari 2015.

Allahyarham Hasbullah Awang memulakan kerjayanya sebagai pengulas di Radio 1 RTM. Tugas terakhirnya adalah di Astro Arena sejak Januari 2014 sehingga akhir hayatnya.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Seksyen 32, Bukit Naga Shah Alam jam 3 petang ini dan dijangka disemadikan selepas Asar atau pagi esok.

Negara kehilangan seorang pengulas sukan yang hebat dengan gaya dan suara yang sukar diganti. Semoga Allahyarham Hasbullah Awang ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Mysensasi mendoakan allahyarham dan mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluar dan waris.

Inna Lillah Wa Inna Lillahi Rajiun

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un wa inna ila rabbina lamunqalibun
Allahumma uktubhu ‘indaka fil muhsinin waj’al kitabahu fi ‘illiyyin
wakhlufhu fi ahlihi fil ghabirin wala tahrimna ajrahu wala taftinna ba’dahu”

Ertinya: Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali dan kepada Tuhan kami semua akan kembali. Ya Allah! Tulislah dia (yang meninggal dunia) termasuk golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah tulisannya itu dalam tingkatan yang tinggi serta gantilah ahlinya dengan golongan orang-orang yang pergi dengan ketaatan PadaMu.

Hasbullah awang meninggal dunia
Allahyarham Hasbullah Awang

Check Also

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Datuk Nik Aziz Nik Mat Meninggal Dunia

Datuk Nik Aziz Nik Mat Meninggal Dunia. Bekas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Nik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *