Home » Berita » Dakwat Kekal Semasa PRU-13

Dakwat Kekal Semasa PRU-13

Dakwat Kekal Semasa PRU-13 – Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) akan menggunakan dakwat kekal ketika pilihan raya umum ke 13 nanti selaras dengan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya serta kebenaran Majlis Fatwa Kebangsaan, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia. Menurut SPR , dakwat kekal akan dicalit pada jari telunjuk kiri pengundi  selepas pengundi diperiksa kad pengenalannya oleh kerani pertama yang bertugas di mana-mana pusat mengundi. 

Menurut Pengerusi SPR , Tan Sri Abdul Aziz Yusof selepas dipanggil nama pengundi oleh kerani pertama, pengundi akan ke kerani kedua untuk dicalitkan dakwat kekal di jari telunjuk kiri. Kalau tidak ada, boleh guna mana-mana jari tangan kiri tetapi jika tiada juga boleh guna jari telunjuk kanan. Sekiranya tiada juga jari kedua-dua belah tangan, maka dibolehkan dicalit di lengan atau bahu sebelah kiri. Selepas itu, pengundi akan ke kerani ketiga yang akan mengecap kertas itu di bahagian tengah sebelum dikoyak dan diberikan kepada pengundi.

sumber utusan




Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *