Breaking News
Home » Uncategorized » Dah Tugas .. Nak Tak Nak Kena Buat

Dah Tugas .. Nak Tak Nak Kena Buat

Kerja..kerja..kerja..selagi belum tutup mata..kerja..kerja.Macam tu lah nasib seorang pekerja.Lebih-lebih kerja yang memerlukan kita memberi komitmen yang tinggi.Masalah akan datang tak kira masa.Nak tak nak kena redha je..haha..kata orang kerja biar ikhlas..baru berkat.

Jam 10.15 malam tadi dapat call ada perkara yang mencurigakan di ladang.Suspek ada berlaku kecurian buah sawit.Alahai orang ni pun nak curi masa nak raya ni.Bikin rosak mood raya je.Jadi terpaksa lah aku dengan beberapa pegawai masuk buat tinjauan kawasan.( dah macam polis pula dah ).Jam 10.45 malam sampai lokasi..buat tinjauan dalam ladang sawit..pehh..dalam gelap tu,nasib spotlight Ford Ranjer leh tolong sikit-sikit.Bahaya malam2 ni dalam ladang adalah benda-benda bisa..tawakal je lah.

Memang betul,ada kesan-kesan ceroboh..haha..ada lagi buah yang teringgal yang mereka tak sempat ambil.Lama gak lepak sana tunggu mana tahu dia orang repeat balik..leh kita ambush..tak nampak batang hidung pun..Jam 1.00 pagi..tak tahan dah..cabut keluar..haha.Ni lah kerja penyamun ni..bikin orang susah je.Nak layan anak main bunga api pun tak sempat..Apa-apa pun inilah kerjakan..masalah itu adalah cabaran bagi aku..staff Felda..demi Felda yang satu-satunya ada di dunia..

Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

7 comments

  1. itulah tanggungjawab namanya… huhu..apapon.. semoga hari raya nanti akan lebih banyak masa bersama keluarga..k..:)

  2. ::ini belog saya . cinta hati saya::

    dah tanggungjawab kan . kene buat jugak lah kan

    selamat hari raya ye .

    ๐Ÿ™‚

  3. musim2 nak raya pencuri mmg akan lebih sibuk dari hari biasa…cari duit raya jugak la tu…tp cari dgn cara yang salah…hehehe

    slmt bertugas kiz ๐Ÿ™‚

  4. biaso la tu nak ghayo ni kan… lantun pun kono kobeh skang ni..

  5. susah pencuri buah ni.. kebun ayah pun selalu je kena kebas durian dan buahan lain..

    p/s : nanti raya konpem aku update mcm biasa.. atau mungkin lebih kerap daripada biasa. hahaha

  6. hehe, tanggungjawab pada tugas itu penting.

    p/s : memang spoil mood tol pencuri, setan dah nak lepas kan. ๐Ÿ˜›

  7. besar tanggungjawab dan mulia benar pengorbanan macam tu bro… salute!!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *