Menu Tutup

Cuti Yang Panjang .. Yehaaa Den Suko Tu

Cuti.. Cuti.. siapa tak suka cuti..kalau tak suka tu memang ada yang tak kenalah tu.Macam-macam tu adakan,cuti bergaji,cuti sakit,cuti sengaja ( ponteng ),cuti bersalin ( aku tak terlibat ni ) dan macam-macamlah.Nampaknya dapat gak merasa cuti yang panjang sikit minggu ni.Sebab hari sabtu ni Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.Dengan secara rasminya kena cuti..tapi Negeri Sembilan je haa..
Tapi kalau cuti panjang pun apa yang nak buat? Takkan nak ngadap blog je..berpinar mata beb.Tu yang tengah fikir tu.Rasa-rasa nak melepak kat Sri Menanti sebab macam-macam acara ada sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.Tapi yang paling aku tunggu pertandingan memancing dia.Tiap-tiap tahun tak pernah tak sertai.Cuma tahun pertama je ada hasil..lepas tu bungkus kekadang dah macam bangau dah menung tepi tasik.Tengok keadaanlah ,sebab sekarang ni asyik hujan je..kalau cuaca ok nanti..jumpa anda disana..disana.

Selamat bercuti..

7 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *