Home » Uncategorized » CUEPACS Bantah Beberapa Opsyen SBPA

CUEPACS Bantah Beberapa Opsyen SBPA

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)membantah pelaksanaan beberapa opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwanya kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu.Keputusan itu dibuat hasil undian sebulat suara 125 perwakilan CUEPACS seluruh negara yang berhimpun selama dua hari bermula kelmarin membincangkan isu pelaksanaan SBPA pada Mesyuarat Kongres Khas CUEPACS.

Lima inti pati digariskan melalui bantahan untuk dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangka ditemui pada 19 Disember ini, antara lain meliputi desakan pembatalan Exit Policy selain penjelasan kedudukan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus seperti diumumkan melalui SBPA baru-baru ini.

Buat masa ini CUEPACS meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani surat tawaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi SBPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya skim berkenaan.

Check Also

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Pihak PDRM telah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *