Home » Info Hiburan » Coverina – Tengok Dulu Baru Kritik

Coverina – Tengok Dulu Baru Kritik

Coverina – Tengok Dulu Baru Kritik. Nampaknya belum pun ditayangkan di pawagam, filem lakonan Pekin Ibrahim telah mula mencetus kontroversi terutama dikalangan pengguna laman media sosial seperti Facebook dan Twitter. Walaupun bukan semua yang menghukum terlalu awal, tapi rata-rata ramai yang memberi komen negetif.

“Saya pernah cakap dengan Pekin juga dan lihat ia terjadi juga akhirnya. Apa yang diperkatakan mereka hanya tanggapan dan sebaiknya mereka tonton dulu filem ini. Saya jawab apa saja persoalan serta tanggapan itu menerusi visual di dalam filem ini. Pekin dalam filem ini berlakon watak lelaki tetapi dia menyamar sebagai wanita untuk mengetahui apa yang tersirat di sebalik insan bernama wanita. Wanita sering dianggap kompleks dan rumit dan itu yang cuba diselami watak Kamal apabila menjadi wanita bernama Kamelia,” – Khalid Nadzri, Pengarah Filem Coverina

Filem Coverina terbitan SPS Jaya Sdn Bhd ini selain Pekin dan Siti Elizad  ia turut dilakonkan Cat Farish, Arissa Hidayah, Shahrolnizam Sulaiman dan Zazly Baginda. Ia akan ditayangkan bermula 19 Februari ini di 35 lokasi pawagam seluruh negara.

Menurut pelakon utama Coverina, Pekin Ibrahim beliau bukan menjadi mak nyah atau pondan di dalam filem itu. Beliau berpakaian wanita kerana mahu menyelami isi hati dan perasaan insan dari golongan Hawa sekaligus menambat hati wanita idamannya bernama Rina lakonan Siti Elizad.

Coverina telah pun membuat pratonton di GSC Nu Sentral pada 17 februari 2015. Kepada peminat dan penyokong filem melayu tempatan, jangan lupa ke pawagam bermula 19 Februari 2015.

Filem Coverina
Filem Coverina bakal menyaksikan Pekin Ibrahim menyamar sebagai perempuan

Check Also

J Revolusi

Sinopsis Filem J Revolusi

Sinopsis Filem J Revolusi. J Revolusi adalah film yang aksi yang memaparkan kehidupan dan ketangkasan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *