Home » Berita » Coklat Cadbury Gambar Babi

Coklat Cadbury Gambar Babi

Coklat Cadbury gambar babi. Nampaknya coklat Cadbury kembali jadi sebutan peminat coklat. Kali ini berkaitan ada tertera gambar babi pada bahagian coklat. Namun Cadbury Malaysia menafikan bahawa coklat jenis Cadbury Milk Kids 20g yang tertera gambar babi adalah keluarannya.

Berikut adalah kenyataan Ketua Perhubungan Hal Ehwal Korporat Cadbury, Raja Zalina Raja Safran

Produk ini diimport pihak ketiga yang bebas mengimport mana-mana produk keluaran luar negara. Pengimportan atau pembelian mana-mana coklat keluaran Cadbury oleh pihak ketiga adalah di luar kawalan pihak Cadbury Malaysia dan kami tidak mempunyai hak untuk menyekat mahupun mengawal mana-mana pihak yang ingin membeli dan menjual produk-produk tersebut. Sekiranya pengguna ingin maklumat lanjut tentang produk tersebut sila hubungi pihak penjual, Kami ingin meyakinkan para pengguna bahawa kesemua Coklat Cadbury yang diperbuat di Malaysia mematuhi Sijil Halal Malaysia dan ia merangkumi lokasi dan bahan-bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran produk berkenaan. Jadi nasihat kami, pengguna harus memilih Coklat Cadbury keluaran Malaysia.

Jadi belilah coklat cadbury yang dihasilkan di Malaysia. Di jamin halal.

coklat cadbury gambar babi
coklat cadbury gambar babi

sumber 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *