Breaking News
Home » Petua Dan Tips » Ciri-Ciri Pekerja Idaman Majikan

Ciri-Ciri Pekerja Idaman Majikan

Ciri-Ciri Pekerja Idaman Majikan. Tahukah anda jika majikan anda sentiasa melihat gerak kerja anda. Walaupun secara tidak langsung namun sedikit sebanyak melalui hasil kerja guna majikan mampu menilai tahap kemampuan anda dalam tugasa yang diarahkan. Sekadar ingin berkongsi beberapa kriteria dan ciri-ciri pekerja yang menjadi idaman majikan tidak kira dalam sektor kerajaan atau swasta.

Dibawah dikongsikan beberapa ciri-ciri pekerja idaman majikan. Semoga anda tergolong dalam ciri-ciri ini.

ciri-ciri pekerja idaman majikan
ciri-ciri pekerja idaman majikan

KUALITI KECERDASAN MERANCANG, SELESAIKAN MASALAH DAN TUGASAN
Mengikut kajian 76 peratus daripada produktiviti dan sumbangan pekerja akan ditentukan oleh tahap kecerdasannya. Kecerdasan dalam konteks ini bermaksud keupayaan untuk merancang, menganjur, menetapkan keutamaan, menyelesaikan masalah dan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Kecerdasan merujuk kepada tahap akal dan keupayaan praktikal pekerja dalam menangani cabaran dunia pekerjaan. Cara asas seorang majikan menilai tahap kecerdasan anda ialah melalui cara anda bertanya soalan.Sama ada ia soalan yang bijak atau sebalikya.

Sifat ingin tahu dan banyak bertanya juga menonjolkan ciri kecerdasan dan bersifat aktif. Lebih banyak anda bertanya soalan yang baik dan mendengar jawapan, anda akan lebih banyak dan cepat belajar mengenai skop kerja atau tugasan anda.

KUALITI KEPIMPINAN
Kepimpinan adalah kesanggupan dan keinginan untuk menerima tanggungjawab untuk membuat keputusan. Ia adalah keupayaan untuk menjaga, menjadi sukarelawan untuk satu-satu tugasan dan menerima akauntabiliti dalam mencapai keputusan yang dikehendaki daripada staf yang terlibat dengan tugasan yang berkaitan. Ciri seorang yang berkepimpinan ialah tidak gemar beralasan. Anda menunjukkan kesediaan anda untuk menjadi pemimpin dalam organisasi dengan menawarkan untuk berusaha mencapai matlamat syarikat dan mencari strategi untuk mencapai matlamat tersebut.

INTEGRITI JUJUR AMANAH
Integriti merupakan kualiti yang paling penting untuk kejayaan jangka panjang dalam kehidupan, lebih-lebih lagi di tempat kerja. Tahap integriti diri boleh dinilai melalui sejauh mana anda jujur pada diri sendiri. Jika anda mampu bersikap jujur ​​dengan diri sendiri, anda juga akan bersikap jujur dengan semua orang termasuk majikan dan rakan-rakan pejabat.

Anda bersedia untuk mengakui kekuatan dan kelemahan anda. Anda bersedia untuk mengakui kesalahan yang dilakukan ketika melaksanakan sesuatu tugasan. Jujur, amanah dan positif saling beriringan. Ia membezakan kualiti diri anda dengan pekerja-pekerja lain.

MUDAH MESRA
Majikan mencari pekerja yang ramah, mudah mesra serta senang untuk bekerjasama dengan orang lain. Majikan mencari orang yang boleh menyertai organisasi itu dan menjadi sebahagian daripada pasukan seperti sebuah keluarga. Pekerja lelaki atau wanita yang mempunyai personaliti yang baik sentiasa lebih popular dan lebih berkesan dalam apa saja yang mereka lakukan. Kerjasama merupakan kunci kepada kejayaan perniagaan. Pengalaman anda bekerja sebagai satu pasukan pada masa lalu serta kesanggupan anda untuk bekerja berpasukan pada masa akan datang boleh menjadi antara perkara yang paling menarik tentang anda ketika anda memohon pekerjaan.

KECEKAPAN DALAM TUGAS DAN URUS MASA
Kecekapan dalam tugas merupakan aspek terpenting dalam meraih kejayaan. Ia merupakan asas dalam setiap bidang kerjaya yang diceburi. Kecekapan dalam melaksana dan menyelesaikan tugasan, mencari maklumat atau dalam mengendalikan masalah. Ia juga merupakan keupayaan pekerja dalam menetapkan keutamaan, membezakan tugas-tugas yang relevan dan kurang relevan dan bijak mengurus masa.

BERANI MENGAMBIL RISIKO
Pekerja idaman majikan mesti bersedia untuk mengambil risiko. Keberanian juga bermaksud kesediaan untuk menerima cabaran, kesanggupan untuk menerima tugasan besar atau bahkan pekerjaan baru di mana terdapat tahap ketidakpastian yang tinggi dan kemungkinan untuk gagal.

Keberanian ialah kesanggupan untuk bersuara dan mengatakan dengan tepat dan jelas apa yang anda fikirkan tentang sesuatu situasi yang di hadapai di tempat kerja. Majikan mengagumi lelaki dan wanita yang tidak takut untuk meluahkan perasaan dan mengutarakan pendapat mereka.

Para pencari kerja atau pekerja mampu menonjolkan sifat ini dengan bertanya soalan terus terang dan secara langsung mengenai syarikat, kedudukan semasa syarikat dan masa depan atau peluang anda di masa hadapan dengan organisasi tersebut.

MEMPUNYAI MOTIVASI DIRI
Motivasi diri bermaksud memiliki keazaman dan keupayaan untuk bersabar dan bersemangat kental ketika berdepan saat sukar di tempat kerja. Kekuatan dalaman akan terpamer jelas apabila anda kekal tenang dan santai semasa sesi temu duga kerja. Jika anda tenang dan bersahaja ketika sesi temu duga, ia merupakan satu petunjuk bahawa anda akan tetap tenang dan mampu bersabar ketika organisasi berdepan krisis yang tidak dapat dielakkan.

Diatas merupakan sebahagian ciri-ciri pekerja yang sering dicari oleh majikan. Berusahalah untuk mencapai tahap pekerja yang mampu memberi sumbangan pada majikan bukan sekadar bekerja untuk dibayar gaji. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada yang sudah pun berkerja atau yang masih mencari peluang kerjaya melalui banyak tawaran jawatan kosong.

ciri pekerja yang baik
ciri pekerja yang baik

kredit

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *