Home » Lelaki » Ciri-Ciri Lelaki Perfect 10

Ciri-Ciri Lelaki Perfect 10

Ciri-Ciri Lelaki Perfect 10. Sempena filem Suamiku Encik Perfect 10 lakonan Aaron Aziz yang akan ditayangkan dipawagam , apa kata kita lihat ciri-ciri lelaki idaman malaya atau apa yang dikatakan lelaki perfect 10. Mungkin ini sekadar perkongsian namun ciri-ciri ini memang patut ada pada seorang lelaki. Lelaki biasanya akan ada ciri-ciri wanita idaman, tapi jangan lupa perempuan juga ada ciri-ciri lelaki yang diidamkan. Anda ada ciri ini ?

Kriteria yang paling penting perlu ada dalam diri seorang lelaki adalah beriman. Kerana suami adalah ketua keluarga dan merekalah yang akan membimbing isteri dan anak-anak ke jalan yang benar. Jadi inilah ciri paling penting perlu ada pada lelaki.

Perkara kedua yang perlu anda ada untuk menjadi lelaki perfect 10 adalah baik hati. Baik hati adalah perkara biasa yang sering kita dengar sekiranya bertanyakan ciri-ciri lelaki idaman. Ia juga merupakan syarat kebiasaan bagi bakal ibu mertua yang ingin melihat anak perempuan mereka bahagia. Jadilah lelaki yang baik hati mulai sekarang.

Romantik !!! Wanita juga sukakan lelaki romantik! Ini kerana lelaki kategori ini pandai mengambil hati dan bijak membuat wanita terasa seperti disayangi. Bagaimana hendak romantik? Kena semulajadi, mana boleh paksa-paksa nanti jadi lakonan sahaja.

lelaki romantik
lelaki romantik juga menjadi pilihan wanita sebagai lelaki perfect 10

Kebanyakan wanita pasti sukakan lelaki yang kelakar! Lelaki yang memiliki sifat lucu akan membuatkan wanita sentiasa ketawa dan setiap kali keluar bersama suasana pasti akan ceria. Jadi anda perlu ada sifat ini jangan 24 jam serius tak tentu pasal. Macam mana nak serius? Layan Maharaja Lawak Mega ??

lelaki kelakar
lelaki kelakar tak perlu macam Mr Bean kot…

Pandai memasak..yang ini mungkin ramai lelaki yang kantoi. Kalau setakat pandai masak maggie segera itu pun sudah cukup baik. Tapi jika anda ada kelebihan ini, mungkin peluang untuk menjadi lelaki idaman wanita semakin cerah. Apa lagi pergilah kelas memasak mulai dari sekarang 🙂

Lelaki Pandai Memasak
Lelaki Pandai Memasak

Bagaimana dengan lelaki diluar sana? anda tergolong dalam 5 ciri diatas? Mungkin banyak lagi ciri-ciri lelaki perfect 10, sekadar berkongsi.

Check Also

Trik Youtube

Trik Youtube Yang Harus Anda Tahu

Siapa tidak tahu akan Youtube. Boleh dikatakan jika anda seorang yang mengikuti perkembangan dunia media …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *