Breaking News
Home » E-Novel » Cik Pink Mr Black Part 12

Cik Pink Mr Black Part 12

E-Novel – Cik Pink Mr Black Part 12
“Kalau anda gembira tepuk tangan…kalau anda gembira beginilah caranya. Kalau anda gembira tepuk tangan.”
Riuh rendah MPV Hilman dengan nyanyian Mia dan tepukan Ain , Hakimi.Hizwan dan Kak Pah. Misi menjelajah negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sudah bermula seawal jam lapan pagi.
Mereka teruja. Sebaik sahaja melewati Tol Sungai Besi Mia sudah bersorak.
“Selamat tinggal Kuala Lumpur. Nanti kita datang.”
Kelakuannya disambut dengan hilai tawa Ain dan Kakpah. Mereka bertiga memilih untuk duduk di belakang. Hakimi menemani Hilman manakala Hizwan ditengah-tengah. Sendirian bersama sedikit beg pakaian yang tidak muat diletak dibelakang.
“Kita Check In di Royale Bintang. Dekat Taman Tasik Seremban. Dekat juga dengan Masjid Negeri. Senang nak berjemaah kalau mahu.Lepas makan tengahari kita naik ke Kuala Pilah. Okey?” Hilman memberitahu perancangan untuk hari ini.
‘Okey Pa. Kita mandi dekat Hutan Lipur Ulu Bendul ye?”
“Papa ingat kita tak payah mandi lah kot Mia. Kita terus ke Sri Menanti dulu.” Hilman meberi cadangan.
“Ala tak best lah tak dapat mandi sungai.” Mia memasam kan muka. Tanda protes.
“Mandi sungai mana best Mia. Nanti kita pergi Kolam Air Panas dekat Pedas ye.” Hizwan memujuk.
“Kalau mandi sungai nanti Mia tak tahan. Air dari Gunung Angsi tu memang sejuk betul. Cepat saja dapat selsema nanti. Mandi air panas tak apa.” Hakimi pula menambah.
“Okey lah macam tu.”Mia merasa sedikit terpujuk.
Dalam perjalan ke Seremban Ain sibuk bercerita.
“Masyarakat dekat Negeri Sembilan ni adalah masyarakat perantau tahu Mia. Mereka kebanyakan datang dari Minangkabau,Sumatera Barat Indonesia. Mereka dah ada dekat Malaysia ni sejak abad ke 14 lagi.”
“Wah! Dah lama mereka bertapak disini ye Kak Ain.”
Ain menyambung lagi.
“Negeri Sembilan adalah negeri kelima terkecil di Malaysia. Sehari pun boleh keliling Negeri Sembilan ni. Sekejap sahaja sudah sampai. Tengok ..kita dah pun masuk ke Ibu negerinya. Seremban.”
“Dekatnya. Tak sempat nak tidur.”
“Orang seronok berjalan. Dia seronok nak tidur pula.” Hizwan menyampuk tanpa menoleh ke belakang. Ain ketawa.
Usai membayar tol Hilman menghala ke pekan Seremban.
“Pa…ada muzium lah. Kita singgah dulu boleh ke pa.?” Mia menunjuk kearah sebelah kanan jalan.
‘Okey-okey” Hilman segera memberi lampu isyarat mahu ke kanan.
Mereka singgah seketika dimuzium negeri yang terletak berhampiran susur masuk dari lebuhraya Plus.Kebetulan ada pameran Tortura seksa dan maut. Pameran alat penderaan era silam dari Eropah. Pelbagai alat dipamerkan. Ain merasa ngeri seketika. Dia tidak boleh membayangkan bagaimana mereka menggunakan alat-alat tersebut bagi menyeksa orang ketika itu. Sebelum berlalu sempat juga mereka membeli cenderahati digerai yang terdapat di perkarangan muzium tersebut.
“Bang aku lapar lah kita makan lah dulu boleh ke?” Hakimi bersuara.
“Nak makan dimana ni.” Hilman pula bertanya.
‘Kita pergi makan dekat Jusco Seremban 2 lah  ..” Pantas sahaja Mia mencadangkan tempat yang mahu dituju.
“Hai! Mia dah hafal nampak? Macam dah pernah pergi aje ni.” Hizwan mengusik.
‘Ala Uncle bukan susah tu..signboard ada. Punya lah besar. Baca aje lah.” Hizwan ketawa. Terkena dia dengan Mia. Ain tersenyum. Padan muka. Nama sahaja doctor tapi lambat. Mia lagi cekap.
Mereka makan di food court Jusco Seremban 2. Cuti sekolah begini adalah menjadi perkara biasa jika terpaksa berebut tempat duduk.
Ain dan Mia serta Kak Pah mencari tempat duduk. Manakala Hilman dan adik beradiknya pergi memesan makanan. Sambil menunggu Ain dan Mia memandang persekitaran yang agak sempit ini. Ramai orang! Ain mula rimas. Kenapalah mereka mahu makan disini. Dia tidak selesa.
Dia bertambah tidak selesa apabila Hizwan mengambil tempat disebelahnya. Terpaksa berlaga bahu seperti berhimpit ditempat yang bagaikan tin sardine ini. Ain mengeluh.
“Kenapa?” Hizwan barangkali mendengar keluhan Ain.
“Rimas.” Pendek sahaja Ain menjawab.
“Tak selesa kan. Ramai sangat orang.” Hizwan memahami apa yang Ain rasai. Dia juga terpaksa menghadapi situasi yang dia kurang gemari. Tersepit dicelah-celah orang ramai. Nak makan pula tu.Huh! Seremban ni bukan lah besar sangat. Tapi sekecil-kecilnya tempat ni tak kan lah tak ada restoran yang sedap-sedap selain dari dalam Jusco yang rata-ratanya mereka ini datang nak shoping,tengok wayang dan main bowling. Tempat makan memanglah banyak dekat area bawah ni tapi semuanya mahal-mahal belaka. Walaupun mahal tempat duduknya memang penuh.
Lain kali tidak mahu lagi makan ditempat-tempat begini..Rasa pun boleh lah tahan dari kebulur tak makan. Harga usah lah cakap. Rabak juga lah duit Hilman.
Selepas makan tengahari ditempat yang sempit itu mereka berlalu ke Hotel Royale Bintang. Hotel dihadapan Taman Tasik Seremban. Redup sahaja pandangan mata. Pokok yag menghijau menutupi dari bahang cahaya matahari. Kelihatan juga beberapa pasangan asyik bergurau senda.
Hilman pergi keruangan penyambut tetamu. Berkata sesuatu dan datang kembali kepada mereka yang sedang menanti dilobi hotel dengan kunci bilik.
“Kak Pah , Mia dengan Ain kongsi satu bilik ye. Saya dengan Hakimi dan Hizwan satu bilik. Senang sikit.”
“Lepas letak beg kita turun balik. Kita ke Kuala Pilah pula.” Hilman menyambung.
Kami semua berpapasan menghala ke lift yang sudah sedia terbuka menanti tetamu. Selain daripada bangunan di Terminal One Seremban hanya hotel ini sahaja yang tinggi. Bangunan yang lain rendah sahaja kelihatan. Ain walaupun berasal dari negeri ini dia memang tidak pernah ke Seremban. Arwah emak tidak pernah membawanya. Dunianya hanya disekitar laut itu sahaja.
Ain melangkah masuk kedalam bilik yang akan dikongsi dengan Kak Pah dan Mia. Luas. Ain cukup puas hati. Mia sudah tergolek diatas katil. Kepenatan dan kekenyangan.
“Mia jangan tidur tahu. Sekejap lagi kita nak ke Kuala Pilah pula.”
“Okey” Lemah sahaja Mia menjawab. Ain membiarkan Mia seketika. Usai Kak Pah keluar dari bilik air Ain pula mengambil tempat. Mahu bersolat.
Selesai sahaja bersolat Ain dan Kak Pah bersiap-siap mahu kelobi. Mia sudah lama hilang. Barangkali kebilik Hilman.
Mereka meneruskan perjalanan ke Kuala Pilah. Kali ini Ain sudah bertukar tempat. Dia duduk bersama Hizwan. Hilman yang memandang dari cermin pandang belakangnya mengulum senyuman. Sinis sahaja.
“Cantiknya..” Mia seperti biasa dia yang banyak bersuara.
Ain dan Hizwan memandang keluar tingkap. Tingkap dibuka seluas-luasnya. Rugi jika tidak dapat melihat pemandangan yang cantik ini.
“Gunung Angsi..” Ain berkata perlahan namun cukup didengari Hizwan.
“Apa kisah disebalik Gunung Angsi ye Ain” Sengaja  pula Hizwan menguatkan suara. Semua mata tertumpu kepada Ain. Menanti Ain bercerita.
“Ish! Mana Ain tahu pasal semua ni.”
“Banyak gunung dekat sini. Tentulah ada namanya kan?” Ringan sahaja mulut Hizwan bertanya.
“A”ah. Ada Gunung Berembun,Gunung Tampin,Gunung Dato,Gunung Telapak Buruh”
Banyak juga nama gunung-gunungnya. Boleh daki ke? Hakimi menyampuk.
“Boleh. Ada tapak untuk berkhemah.”
 “Ha! Tahu pun. Tadi kata tak tahu. Kita singgah sekejap dekat Ulu Bendul ye bang.” Hizwan memberi cadangan.
Mereka singgah seketika di Hutan Lipur Ulu Bendul. Ada banyak deretan kedai yang menjual makanan. Ain terbau keharuman cempedak goreng. Sedapnya. Baru Ain mahu membeli Ain melihat Hizwan membawa plastic berisi aneka jenis kuih.
Bila masa pula mamat ni beli. Cepat betul
“Saya lapar bila terbau cempedak goreng ni Ain nak?” Hizwan menghulurkan plastic berisi kuih kepada Ain.
“Kak Pah pun nak juga.” Pantas sahaja tangan Kak Pah menyeluk plastic berisi kuih tersebut.
Mia sudah hilang bersama Hilman. Barangkali melihat-lihat persekitaran Hutan Lipur tersebut.
“Ulu Bendul  cantik betul kan Kak Ain.”
“Cantik. Tapi agak bahaya. Dilarang mandi waktu hari hujan. Awal tahun ni ada sebuah keluarga mandi manda. Hujan renyai waktu tu. Tiba-tiba air menjadi besar dan menghanyut kan tiga orang kanak-kanak. Yang sedihnya sampai sekarang anaknya yang paling kecil tidak dijumpai.”
“Kesiannya..”
‘Kan…nasib baik Mia tak mandi tadi.”
“Ye lah Kak Ain…”Setelah melihat-lihat di persekitaran Hutan Lipur Ulu Bendul mereka bergerak menuju ke Sri Menanti. Bandar Diraja.
Sepanjang perjalanan Ain begitu tertarik dengan rumah tradisional Negeri Sembilan. Bumbung nya yang berbentuk tanduk kerbau melambangkan keberanian.
“Negeri ini mempunyai beberapa daerah. Sekarang kita berada di daerah Kuala Pilah. Ha! Dah sampai pun Istana Sri Menanti.” Ain teruja menunjukan sebuah istana lama. Istana Seri Menanti.
“Istana ni tak ada paku tahu” Ain memberitahu.
“Macam mana pula tu” Kak Pah bertanya kepada Ain.
“Setiap bahagian hanya disambungkan dengan pasak.”
“Pasak tu apa Kak Ain” Mia pula bertanya.
“Pasak tu macam pakulah. Cuma ia diperbuat daripada kayu. Paku daripada besi.”
“Owh! Ain pandai. Dah buat kajiselidik ye sebelum datang sini.” Hilman mengusik Ain.
“Semua tempat Ain dah selidik. Tak apa Ain akan menjadi pemandu pelancong untuk sebulan ni. Gaji lebih ye bang.” Ain ketawa-ketawa.
Istana Seri Menanti telah dibina pada tahun 1902 dan telah Berjaya disiapkan pada tahun 1908. Istana ini didirikan kerana Istana Pulih(Istana asal) telah dibakar pleh askar-askar inggeris sewaktu perang Bukit Putus.
Istana ini mempunyai Sembilan puluh Sembilan tiang termasuk empat tiang seri. Bumbungnya juga berbentuk seperti tanduk kerbau sebagai lambang keberanian. Istana lama tidak jauh dari istana yang baru dibina.
Sejak adanya istana baru,istana ini telah dijadikan muzium oleh pihak kerajaan negeri.
Hizwan dan Hakimi tidak menyangka pengetahuan am Ain memang bagus. Walaupun tidak seberapa sangat namun sudah cukup menjadikan mereka tahu serba sedikit daripada tak tahu langsung. Bagi Hilman itu hanyalah perkara biasa sahaja. Kerana dia tahu Ain gemar berintenet dan membuat penyelidikan melalui google.
Mereka menghabiskan masa di Seri Menanti sehingga lewat petang sebelum kembali ke Seremban. Usai mandi dan solat maghrib Hilman mengajak mereka semua makan. Namun Ain  menolaknya. Hanya mereka berlima yang turun. Ain lebih senang tidur. Penat bagaikan bekerja membajak sawah hari ini.
@@@@@@@@@@@@@@@@
Hilman sengaja mengajak Hizwan ke Taman Tasik Seremban  berjalan kaki sahaja. Hanya bersama Hizwan. Ada sesuatu yang ingin Hilman bicarakan bersama Hizwan secara peribadi.
“Semalam cakap nak cari Nur…” Hilman memula kan bicara.
“Ye! Bolehkan terlanjur kita dah kesini.”
“Tak payah lah nak cari- cari Wan..”
“Kenapa saya tak boleh cari dia bang. Dah lama sangat saya lepas tangan. Tak amanah. Siapa pun dia,apa pun keadaan dia. Nur dibawah tanggungjawab saya.”
“Ada abang kata Wan tak payah bertanggungjawab ke? Itu yang abang mahu. Dah lama sangat abang ambil alih tanggungjawab tu. Kalau macam itu elok abang sahaja yang bersama dia dari awal lagi.”
“Abang tahu Nur dimana?” Hizwan bertanya.
“Tahu…”
Hizwan sedikit lega. Mudah sahaja kerjanya. Memang dia mahu mencari Nur. Seorang gadis yang bukan dicintai tetapi gadis yang datang kepadanya sebagai satu amanah. Gadis polos yang terdesak dengan hidupnya. Gadis yang ingin dibantu. Gadis yang telah pergi membawa lara dan duka dihatinya tanpa sempat dia beramah mesra.
‘Dimana dia sekarang?”
“Ada…”
“Tahu lah ada. Jangan kata dia tak ada lagi pula.”
“Ain. Ada disisi kita semua. Nurain Amani. Dia ada bersama kita. Wan yang tidak cam dia.”
“Ha.! Abang jangan nak bergurau. Tak sama langsung.” Hizwan ketawa. Hatinya berdebar.
‘Kenapa nak bergurau? Berapa lama Hizwan sempat bersama NurAin Amani? Dua bulan? Tiga Bulan? Seingat abang hanya sehari Wan bersama dia. Lepas tu dia ghaib entah kemana?”
“Habis tu macam mana dia boleh ada dengan abang.?’
“Abang yang terjumpa tak sengaja. Dia tanggungjawab abang selepas Wan pergi study tu.”
“Tak kan Nur yang Wan tahu adalah Ain. Tak sama sangat.” Hizwan masih tidak percaya. Gadis pink itu adalah Nur yang ingin dia cari dan ingin sangat dia temui.
‘Siapa nama penuh Nur?”
Hizwan mengeleng. Dia sudah lupa. Empat tahun yang sibuk sudah cukup membuatkan dia terlupa. Dia hanya ingat Nur. Bukan Nurain Amani.
“Nur Ain Amani. Gadis comot yang abang bawa balik kerumah dan abang jadikan penjaga Mia. Gadis naif yang papa mahu jadikan sebagai anak. Wan dah lupa ke. Atau sekarang Ain tu dah cantik sangat. Dah tak comot.”
“Entah lah. Macam tak yakin sahaja.” Hizwan masih tepu dengan ketidakpastiannya.
“Apa pun ingat amanah arwah papa pada Wan. Abang sudah jalan kan sebahagian darinya. Sekarang terpulang pada Wan nak teruskan amanah itu. Kalau arwah papa amanahkan pada abang mungkin cerita nya tak sama. Tapi arwah beri pada Wan jadi lain pula ceritanya. Ambil kesempatan ini untuk kenali Ain.”
Hizwan meraup wajahnya yang sudah membahang. Rasa bersalah pada Ain. Ain yang selamba menghadap kepulangannya tanpa apa-apa perasaan. Barangkali hati Ain memang beku seperti Ais. Hizwan tidak dapat menekanya. Malah dia tidak kenal Ain lagi. Empat tahun sudah mengubah semuanya.
“Dalam masa kita bercuti ni abang harap Wan tahu apa yang harus Wan buat. Bagi pihak Ain abang rasa dia mungkin tidak ada masalah sebab dia memang sudah tahu tanggungjawab dia. Hanya tunggu Wan sahaja yang bersuara. Jangan sia-siakan peluang yang ada.”
Masih adakah peluang Hizwan. Dia sudah tidak kenal Nurain Amani. Bagaimana?. Kepalanya berdenyut. Sakit!
Baca Part sebelumnya DISINI

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *