Breaking News
Home » Info Sukan » Chelsea vs Atletico Madrid Uefa Champions League Preview

Chelsea vs Atletico Madrid Uefa Champions League Preview

Chelsea vs Atletico Madrid Uefa Champions League Preview | 30 April 2014 | Semifinal separuh akhir Liga Juara Juara Eropah – Chelsea bakal menghadapi sedikit tekanan bermain dihadapan penyokong sendiri di Stamford Bridge dalam usaha mereka layak ke perlawanan akhir Champions Legue Liga Juara-Juara yang akan diadakan di Lisbon. Pertemuan separuh akhir pertama berkesudahan seri tanpa jaringan di tempat lawan. Sedikit kelebihan kepada Atletico untuk mencari jaringan ditempat lawan dengan keputusan seri dengan sebarangan jaringan gol dalam saingan separuh akhir kedua.

Perlawanan separuh akhir Champions League Liga Juara-Juara ini bakal menemukan dua pasukan yang bermain secara counterattack dalam kebanyakan perlawanan mereka. Mungkin sukar untuk mendapatkan serangan-serangan yang bertali arus dari kedua pasukan. Namun hanya sekadar ramalan berdasarkan permainan kedua pasukan dalam saingan liga domestik memasing. Namun perubahan taktikal tak mustahil akan berlaku terutama dari Jose Maurinho yang sering membuat sesuatu yang diluar jangkaan.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama , permainan banyak dikuasai oleh Atletico Madrid namun kekentalan permainan bertahan Chelsea sangat mengujakan. Permainan bertahan dan serangan balas turut ditunjukkan oleh Chelsea ketika menang keatas Liverpool dalam EPL.

Pasukan Chelsea , kembali mendapatkan khidmat Peter Chech dan John Terry yang cedera semasa perlawanan pertama. Pemulihan mereka dari kecederaan sangat pantas dan sekaligus mampu menguatkan kembali pasukan. Eden Hazard dan Samuel Etoo yang cedera juga kembali turun berlatih, mungkinkah mereka juga akan bermain ? 

Atletico Madrid pula tiada masalah dalam menurunkan kesebelasan utama mereka. Semua pemain cergas kecuali mereka akan kehilangan pemain tengah mereka Gabi akibat digantung. 

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *