Home » Info Sukan » Chelsea Man City Dan Southampton Tersingkir

Chelsea Man City Dan Southampton Tersingkir

Chelsea Man City Dan Southampton Tersingkir. Tiga kelab teratas Liga Perdana Inggeris EPL menerima kejutan apabila tersingkir dari saingan Piala FA Inggeris ( FA Cup ) apabila tewas dalam pusingan keempat. Paling mengejutkan Chelsea dan Man City tewas dihalaman sendiri kepada kelab liga bawahan Bradford City dan Middlesbrough.

Walaupun pada awalnya mendahului 2-0 melalui jaringan Gary Cahill ( m`20 ) dan Ramires ( m`37 ) Chelsea gagal mempertahankan kedudukan sehingga tewas 2-4 kepada Bradford.

Bradford City memulakan jaringan pada minit ke 40 melalui Jonathan Stead sebelum Felipe Morais menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke 74. Enam minit kemudian Bradford mendahului melalui jaringan Andrew Halliday sebelum Mark Yeates melengkapkan kemenangan bergaya Bradford pada minit akhir permainan. Ini merupakan kejutan besar buat Chelsea dimana ramai pihak menjangkakan kemampuan kelab ini memenangi 4 piala musim ini.

Kelab tangga kedua EPL , Manchester City turut menerima nasib sama apabila tewas 0-2 kepada Middlesbrough di Etihad Stadium. Dua gol Middlesbrough terhasil pada minit ke 52 dan 90 melalui Patrick Bamford dan Kike.

Turut tersingkir adalah kelab tangga ketiga EPL Southampton apabila tewas 2-3 kepada Crystal Palace. Tottenham turut mengalami nasib sama apabila dua gol lewat Leicester City pada minit ke 83 dan 90 menjadikan keputusan perlawanan 1-2.

Keputusan Piala FA Inggeris
Piala FA Inggeris

Keputusan Penuh Lain-Lain Perlawanan Piala FA

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *