Breaking News
Home » Info Sukan » Chelsea Layak Ke Final Piala Liga Inggeris

Chelsea Layak Ke Final Piala Liga Inggeris

Chelsea Layak Ke Final Piala Liga Inggeris. Pendahulu Liga EPL Chelsea berjaya mengubati kecewa mereka dalam saingan Piala FA apabila layak ke perlawanan akhir Piala Liga apabila menewaskan Liverpool dalam peringkat separuh akhir.

Chelsea berjaya layak ke final Piala Liga selepas tandukan daripada Branislav Ivanovic pada masa tambahan membantu mereka menang 1-0 ke atas Liverpool dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stamford Bridge.

Perlawanan akhir akan berlangsung pada 1 Mac 2015 dimana Chelsea akan menentang satu lagi pemenang perlawanan separuh akhir antara Tottenham Hotspur atau Sheffield United.

Chelsea vs Liverpool
Pemain pertahanan Chelsea Branislav Ivanovic menanduk gol kemenangan Chelsea pada masa tambahan ( minit 94 ) untuk mengatasi Liverpool 1-0 dan layak ke Final Piala Liga dengan aggregat 2-1

Pada perlawanan separuh akhir pertama di Anfield, Liverpool dan Chelsea sekadar seri 1-1.

Check Also

keputusan Piala Malaysia 1 ogos 2017

Keputusan Piala Malaysia 1 Ogos 2017

Keputusan Piala Malaysia 1 Ogos 2017. Enam lagi perlawanan TM Piala Malaysia berlangsung. Hari ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *