Breaking News
Home » Santai » Cepat-Cepat Sebab Mereka Sudah Sedia Berkongsi

Cepat-Cepat Sebab Mereka Sudah Sedia Berkongsi

Assalamualaikum , mereka dah buka pintu , apa lagi takkan nak termenung lagi. Jemputlah masuk , mana tahu ada makan-makan ke, minum-minum ke kan.. Ini peluang nak bentang segala yang terpendam , terbuku di hati , diminda sampai terkelentang..hehe. Tapi pastian bernas.

Apa kes aku melalut kat atas tu ? Tentang hal yang satu inilah, FAM dan bolasepaknya..Dengar ceritanya FAM dah buka pintu perbincangan dengan persatuan penyokong bolasepak berdaftar untuk menyumbang pandangan dan idea dalam memperkemaskan Liga Malaysia musim depan. 

Mengapa tidak? Ia satu langkah yang baik kerana hanya dengan perbincangan sebegini kita dapat mengumpul maklum balas dan menyampaikan mesej secara terus kepada penyokong.” – Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Nampaknya andai betul bagai dikata , baguslah jika FAM sudah mula buka pintu dan menerima pandangan penyokong bolasepak tempatan. Harap perkara ini akan berterusan dan secara tak langsung mempu memberi impak dalam pembangunan bolasepak Malaysia.

TANPA PENYOKONG , APALAH ERTINYA BOLASEPAK
selamanya Harimau Malaya 🙂

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *