Breaking News
Home » Lawak » Cemburu Tak Bertempat

Cemburu Tak Bertempat

Anda suka cemburu? atau paling sembrono orang cakap cemburu buta dan cemburu tak bertempat. Kekadang sifat cemburu ini banyak mendatang keburukan dari kebaikan. Terutama cemburu yang lebih kepada sakit hati dan membawa ke dendam kesumat..kalau ditenyeh-tenyeh memang sampai lumat dah hati tu.

Sebab setiap manusia dikurniakan hati dan nafsu yang sentiasa tidak puas dengan apa yang ada disekelilingnya. Jika cemburu akan sesuatu dan dijadikan motivasi itu memang terbaik, tapi cemburu yang membawa kepada rasa kurang senang sedangkan perkara itu bukanlah sesuatu yang sepatutnya, itu sangat teruk. Seperti kisah dibawah !!

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak berkredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja.

Selepas anak membuat panggilan, anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami,  isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya. Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Anak pun cakap “Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi“.

Sekadar cerita lawak sinis , tapi inilah akibatnya cemburu tak bertempat..tak pasal pasal bodohkan diri sendiri.

Cemburu buta cemburu tak bertempat
Cemburu buta tak bermata atau cemburu tak bertempat hentam sembrono saja

Check Also

Keputusan Akhir Liga Lawak Superstar 2014

Keputusan Akhir Liga Lawak Superstar 2014. Berakhir sudah saingan musim Liga Lawak Superstar 2014 yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *