Menu Tutup

Cari Mood Malam Dan Samseng Kampung Dusun

Seharian tanpa cerita dikala kesibukan melanda.Apa nak buat,utamakan kerjaya.Memang hari blur,tak tahu nak menulis apa.SEO ? tak ada cerita panas laa..yang ada cerita politik dan sensasi artis je.Rasa macam tak sesuai la pula.So lepas isyak keluar dulu,ronda-ronda isi perut.
Malam ni singgah layan chicken chop sambil layan lagu slow rock ..rock kapak macam tu.Memang kena suasana kedai ni dengan mood malam.Kalau pencipta lagu tu memang banyaklah melodi boleh dapat.Sama la macam aku ni penulis blog picisan.Memang banyak idea yang terbongkar dari minda ini.Tapi satu je yang membuat cacat suasana..perangai geng Sharif Dol Samseng Kampung Dusun ni.
Samseng Kampung Dusun ini jenis tak ada rasa hormat kot kan orang lain.Dah lah parking motor ikut suka sampai orang nak keluar dari parking pun tak boleh.Lepas pun bila orang nak keluar buat bodoh dia je tak nak beralih.Kena pula kita pi cakap suruh beralih..baru terhegeh-hegeh dengan muka berlagaknya nak beralih.Nasib baik tak banyak cakap..kalau tak memang aku boleh bertukar hijau jadi Hulk..huhu..

8 Comments

  1. Azhafizah[フィザ]

    baru je lepas mengidam chicken chop..nasib dapat..mengalahkan orang mengidam pulak.hihi..sabo je la orang camtu..patut dah buat salah say sorry..dalam mulut ada emas kot.

    p/s:kampung fiza kat batu anam,segamat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *