Home » Agama » Cara Solat Sunat Aidilfitri

Cara Solat Sunat Aidilfitri

Cara Solat Sunat Aidilfitri. Berlalu ramadhan maka akan tiba syawal iaitu bulan kemenangan buat semua umat islam. Dipagi raya semua akan ke masjib bersama-sama untuk menunaikan solat sunat aidilfitri atau sembahyang hari raya dalam bahasa biasa kita guna. Dibawah dikongsikan bagaimana cara menunaikan solat atau sembahyang raya.

solat sunat aidilfitri
solat sunat aidilfitri – gambar hiasan

Niat Solat Aidilfiri

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usalli sunnatan liAidil Fitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala.

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.

Bacaan surah dalam solat.
Rakaat pertama: Surah Al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Kafirun.
Rakaat kedua: Surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas.

CARA SOLAT
Rakaat Pertama
Selepas Takbiratul-ihram dan doa Iftitah, bertakbir (اَلله ُ اَكْبَرُ) tujuh kali yang diselangi tasbih:

Tasbih zikir solat aidilfitri

Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah pilihan.
.
Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat Kedua
Bertakbir lima kali, diselangi tasbih seperti rakaat pertama.
Disambung dengan bacaan al-Fatihah dan surah pilihan.
Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai.

Sumber dan rujukan penuh DISINI.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *