Breaking News
Home » Teknologi » Cara Semak Keaslian Smartphone Lenovo

Cara Semak Keaslian Smartphone Lenovo

Cara Semak Keaslian Smartphone Lenovo. Masa ini smartphone atau telefon pintar adalah salah satu barang keperluan. Dengan berbagai aplikasi dan urusan boleh dilakukan melalui telefon, iainya bukan lagi setakat gadjet untuk berhubung apa lagi untuk dianggap barang mewah.

Berbagai jenama telefon pintar yang ada dipasaran. Yang biasa kita dengar seperti Samsung, Iphone, HTC, Asus dan lain-lain. Lenovo juga merupakan salah satu jenama telefon yang sedang mendapat sambutan di Malaysia. Dengan harga murah dan mampu milik serta kualiti yang tidak kurang hebatnya, Smartphone Lenovo pasti menjadi pilihan.

Tahukan anda cara semak keaslian Smartphone lenovo. Adakah telefon anda sekarang original , AP atau pun sekadar clone yang tidak diketahui kualitinya dan sumber datangnya. Dibawah ada diterangkan cara membuat semakan status telefon pintar anda.

Untuk pengetahuan anda, telefon pintar Lenovo yang berada dalam pasaran merangkumi dua kategori, iaitu set AP dan set Original. Perbezaan ketara daripada kedua-dua kategori ini dapat dilihat daripada segi jaminan (warranty) dan kemas kini firmware. Perbezaan lain seperti bahasa, pembungkusan, cap SIRIM, manual dan sebagainya. Untuk set AP, jaminan untuk telefon pintar tersebut lebih lama (sekitar 2 tahun atau lebih), tetapi hanya tertakluk kepada kedai yang menjual peranti tersebut kepada anda sahaja. Manakala set Original pula, jaminannya hanya 1 tahun, dan anda boleh menggunakan jaminan tersebut di pusat perkhidmatan Lenovo di seluruh Malaysia.

cara semakan keaslian smartphone lenovo
Lenovo

Bagaimanakah untuk menyemak keasliannya smartphone lenovo?

1.    Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah, buka laman web rasmi pengesanan jaminan Lenovo di http://mobilesupport.lenovo.com/my/ms/warrantylookup.

2.    Lihat telefon pintar anda untuk mendapatkan nombor IMEI. Cara untuk mendapatkan IMEI mudah sahaja, tekan *#06#. Nombor IMEI telefon pintar anda akan muncul pada skrin paparan. Bagi sesetengah kes, telefon pintar akan memberikan 2 nombor IMEI yang berbeza. Usah gusar, ia biasa jika telefon pintar anda memiliki kebolehan untuk bekerja dengan 2 kad SIM.

3.    Apabila telah memperoleh nombor IMEI, masukkan nombor tersebut dan juga lengkapkan tempat kosong lain (jika diminta memasukkan kod Captcha) pada laman web tersebut.

4.    Selanjutnya, klik pada Check Warranty / Submit. Anda akan mendapat pemberitahuan berkenaan tarikh jaminan tersebut bermula dan tamat. Selain itu, anda turut boleh memeriksa jenis jaminan, status dan sebagainya.

Jika semuanya telah selesai, anda pasti sudah mengetahui status telefon anda. Pastikan anda sentiasa berhati-hati ketika membeli telefon pintar. Elakan dari tertipu.

Check Also

Tips Mudah Elak Telefon Rosak

Tips Mudah Elak Telefon Rosak. Telefon pintar atau smartphone adalah satu keperluan pada zaman sekarang. …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *