Breaking News
Home » Kesihatan » Cara Semak Bacaan IPU Terkini

Cara Semak Bacaan IPU Terkini

Cara Semak Bacaan IPU Terkini. Tahukah anda apa itu IPU. IPU adalah ringkasan kepada Indek Pencemaran Udara atau dalam bahasa inggerisnya Air Pollutant Index (API). Dalam keadaan jerebu sekarang, eloklah kiranya kita sentiasa alert dan mengambiltahu tahap kualiti udara di kawasan sekitar dan mengambil langkah-langkah pencegahan.

Indeks Pencemaran Udara
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan.

Tahap IPU / API
0-50 Baik / Good
51-100 Sederhana / Moderate
101-200 Tidak Sihat / Unhealthy
201-300 Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy
>300 Berbahaya / Hazardous

Tahap kualiti udara adalah mengikut bacaan seperti diatas. Bacaan melebihi 100 adalah tidak sihat dan berbahaya jika melebihi 300.

Indek Pencemaran Udara IPU
Indek Pencemaran Udara IPU
Anda boleh menyemak bacaan IPU semasa secara online menerusi laman yang disediakan oleh Jabatan Alam sekitar menerusi pautan dibawah.

SEMAK BACAAN IPU SEMASA SECARA ONLINE

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Langkah-langkah pencegahan ketika jerebu

Check Also

Trik Youtube

Trik Youtube Yang Harus Anda Tahu

Siapa tidak tahu akan Youtube. Boleh dikatakan jika anda seorang yang mengikuti perkembangan dunia media …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *