Home » Kesihatan » Cara Sejukkan Badan Ketika Musim Panas

Cara Sejukkan Badan Ketika Musim Panas

Cara Sejukkan Badan Ketika Musim Panas. Ketika cuaca dan suhu panas melanda, pasti kita menghadapi masalah selsema dan juga batuk. Itu perkara yang pasti akan terjadi ketika musim panas melanda. Namun apa yang paling penting, kita perlu tahu mengawal suhu badan kita agar dapat terhindar dari risiko yang lebih teruk seperti stroke haba atau hidrasi.

kawal suhu badan ketika musim panas
kawal suhu badan ketika musim panas

Tahukah anda antara cara atau tips untuk menyejukkan badan ketika musim panas? Salah satu yang paling wajib adalah meminum air kosong. Meminum air dengan kadar yang kerap dan banyak mampu mengawal suhu badan anda. Selain mengamalkan minum air yang banyak , pemakanan dibawah juga mampu membantu anda.

Minum jus buah-buahan asli. Yang penting jangan ada campuran gula serta perlu elakkan minuman alkhohol, berkarbonat dan paling penting jangan minum minuman yang mengandungi kadar gula yang tinggi.

Selain itu disarankan juga mengambil makanan seperti buah-buahan dan sayuran yang mengandungi kadar air yang tinggi.  Antara buah-buahan yang dicadangkan adalah tembikai, tembikai susu atau honeydew, betik dan nenas. Bagi sayuran pula disarankan memakan timun, tomato dan lobak.

Banyak lagi cara untuk anda amalkan ketika musim panas atau pun sepanjang masa dalam mengawal suhu badan. Apa yang diberikan diatas adalah sebahagian sebagai rujukan.

TIPS KEKAL SIHAT KETIKA MUSIM PANAS 

Check Also

Trik Youtube

Trik Youtube Yang Harus Anda Tahu

Siapa tidak tahu akan Youtube. Boleh dikatakan jika anda seorang yang mengikuti perkembangan dunia media …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *