Breaking News
Home » Petua Dan Tips » Cara Merawat Penyakit Kulit Ekzema Secara Semulajadi

Cara Merawat Penyakit Kulit Ekzema Secara Semulajadi

Cara Merawat Penyakit Kulit Ekzema Secara Semulajadi. Masalah kulit yang sering terjadi kepada bayi dan juga kepada yang telah dewasa. Ada berbagai rawatan yang boleh dicuba sama ada moden atau tradisional.

Cara moden adalah dengan menggunakan krim atau ubatan yang disyorkan oleh doktor atau yang banyak terdapat di pasaran dengan berbagai jenis produk. Namun kepada yang hendak mencuba rawatan semula jadi boleh mencuba cara yang dikongsikan dibawah.

Cara Merawat Penyakit Kulit Ekzema Secara Semulajadi
ekzema atau eczema

Cara Merawat Penyakit Kulit Ekzema Secara Semulajadi
Ada tiga bahan yang anda perlukan iaitu 1 ruas lengkuas, 1 ruas kunyit dan kapur sirih. Ketiga bahan ini adalah mudah untuk anda dapatkan.

Perkaran pertama yang harus anda buat adalah dengan membersihkan lengkuas serta kunyit dengan membasuhnya. Selepas dibersihkan parut kedua-dua bahan itu. Langkah kedua adalah mengaulkan lengkuas dan kunyit yang telah diparut dan tambahkan sedikit kapur sirih.

Seterusnya bersihkan kulit yang terkena ekzema dengan air suam dan keringkan dengan tuala bersih yang lembut.
Sudah bersih dan kering, sapukan ramuan yang telah di buat tadi secara rata pada kulit yang terkena ekzema, lantas balut dengan memakai pembalut. Ganti secara rutin 2 kali sehari dengan ramuan yang baru.

Selamat mencuba Cara Merawat Penyakit Kulit Ekzema. Cara diatas sesuai untuk orang dewasa. Jika masalah berlarutan dinasihatkan berjumpa doktor untuk rawatan yang lebih sesuai mengikut keperluan dan nasihat pakar.

Check Also

Keputusan Final Piala FA 2017

Keputusan Final Piala FA 2017 Pahang vs Kedah

Hari ini berlangsung aksi kemuncak Piala FA Malaysia 2017. Pertemuan Pahang dan Kedah di Stadium …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *