Home » Petua Dan Tips » Cara Mengawal Nafsu Makan

Cara Mengawal Nafsu Makan

Cara Mengawal Nafsu Makan. Siapa yang dapat menahan selera jika makanan lazat terhidang depan mata apa lagi jika itu adalah makanan kegemaran. Mungkin akan ramai menggunakan ungkapan hidup untuk makan atau makan untuk hidup. Namun harus diingat, kegagalan mengawal nafsu makan bakal mendatangkan masalah pada kesihatan dan fizikal anda.

Masalah berat badan sering dikaitkan dengan cara pemakanan dan gaya hidup yang memang malas bersenam. Ramai yang cuba berdiet namun kekadang terlajak juga bila terliur melihat makanan. Ada beberapa cara untuk mengawal nafsu makan anda.

Persoalanan yang harus kita fokuskan adalah bagaimana mahu mengurangi nafsu makan yang berlebihan itu  dengan lebih berkesan?

kawal nafsu makan

Minum air putih dengan banyak adalah salah satu cara untuk kita mengawal keinginan untuk makan. Kena tahu beza lapar dan hidrasi. Terasa lapar tidak semestinya kita memerlukan makanan. Mungkin kita dalam keadaan hidrasi akibat keadaan persekitaran dan aktiviti yang dilakukan.

Banyak melakukan aktiviti fizikal juga mampu mengurangkan nafsu makan dan secara tidak langsung memaksa kita minum air dengan banyak akibat dahaga. Ayuh lakukan senaman secara rutin.

Dalam kita berusaha mengawal nafsu makan, kita juga memerlukan makanan yang sesuai dengan waktunya. Perkara yang pastikan tidak tertinggal adalah bersarapan. Jika anda tidak bersarapan, anda akan berasa sangat lapar. Kesudahannya, anda akan menmakan tengahari dengan jumlah lebih banyak. Perkara ini tidak baik bagi tubuh. Dapatkan menu sarapan pagi yang sihat.

Makan dengan teratur walaupun banyak kali namun dengan jumlah yang sedikit. Elakkan makan dengan jumlah yang banyak dalam satu masa. Makan dengan kerap tetapi sedikit dapat menghindarkan anda daripada sering berasa lapar.

FAKTA MENARIK
Adab Ketika Sedang Makan
Memulai makan dengan mengucapkan, ‘Bismillaah.’
Berdasarkan hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَذْكُرِ اسْمَ اللهِ تَعَالَى، فَإِذَا نَسِيَ أَنْ يَذْكُرَ اسْمَ اللهِ فِيْ أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ.

“Apabila salah seorang di antara kalian hendak makan, maka ucapkanlah: ‘Bismillaah’, dan jika ia lupa untuk mengucapkan bismillaah di awal makan, maka hendaklah ia mengucapkan: ‘Bismillaah awwaalahu wa aakhirahu’ (dengan menyebut Nama Allah di awal dan akhirnya).

Check Also

The Red Warriors

Nama The Red Warriors Akan Ditukar ?

Nama The Red Warriors Akan Ditukar ? Itulah persoalan yang mungkin bermain difikiran peminat bolasepak …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *