Breaking News
Home » Ramadhan » Cara Kekal Cergas Sepanjang Ramadhan

Cara Kekal Cergas Sepanjang Ramadhan

Cara Kekal Cergas Sepanjang Ramadhan. Menjelang bulan puasa pasti ramai yang runsing akan kemampuan diri untuk kekal cergas terutama bagi yang berkerja. Sebenarnya puasa tidak menghalang anda untuk terus cergas anda tahu tips dan caranya.

Tips kekal cergas sepanjang bulan puasa ramadhan
Tips kekal cergas sepanjang bulan puasa ramadhan

Salah satu cara yang boleh mengekalkan kecergasan adalah dengan menjaga pemakanan sepanjang bulan puasa ketika sahur atau berbuka. Ada beberapa tabiat dan makanan yang yang patut anda kurangkan atau elakan sepanjang bulan puasa ramadan ini.

  • Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelak kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan. Nanti habis berbuka terus tergolek. Apa pun tak jadi nanti.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak. Yang ini memang perlu sangat dielakan. 
  • Kurangkan makanan tinggi gula. Gula berlebihan boleh membuat anda lesu tidak bermaya.
  • Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil. Kerap buang air kecil, hidrasi berlaku dan badan secara tidak langsung kekurangan air.
  • Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin.
  • Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas. 

Kesimpulannya, jagalah pemakanan anda sepanjang bulan puasa ramadhan ini. Kurangkan makan banyakkan ibadat 🙂

Bulan puasa banyakkan makan buah kurma ketika sahur dan berbuka.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *