Breaking News
Home » Petua Dan Tips » Cara Buang Lemak Di Perut Yang Buncit

Cara Buang Lemak Di Perut Yang Buncit

Cara Buang Lemak Di Perut Yang Buncit. Boroi atau gendut perkara biasa dihadapi oleh lelaki dan juga perempuan. Biasanya semua berkait rapat dengan pemakanan kita dan cara kehidupan seharian. Ada beberapa cara untuk kita atasi masalah ini. Apa nak simpan ? Suka boroi ? Sebab nak comel macam Abam Gemok Is Awesome? Itu terpulang anda, boleh cuma bagi yang nak perut ketak-ketak je..hehe.

Perut Buncit
Perut Buncit

Perkara paling utama yang perlu anda buat adalah kurangkan jumlah pengambilan makanan. Ini perkara paling asas ni. Takkan impian mengunung nak perut cantik tapi ambil makanan tinggi gunung juga. Makan ikut keperluan harian sahaja. Kawal nafsu makan anda. Paling bagus waktu malam yang paling kena kawal makan. Sebab waktu malam kita kurang pergerakan, kalau bergerak pun rasanya tengah jogging dalam mimpi.

Sudah kawal pemakanan seperti diatas, dulu makan segunung kini makan sedikit sahaja. Pasti pada permulaan akan berasa lapar. Ini sudah pasti punya. Jadi ambil makanan lain sebagai ganti. Buah-buahan adalah salah satu makanan yang boleh anda ambil. Banyakkan makan sayur-sayuran juga bagus. Buah-buahan mempunyai enzim dan sumber protein yang bagus. Enzim buah-buahan mampu mempercepatkan proses penghadaman. Jadi tak perlu simpan lama-lama. Pergi bank dan flush hehe.

Badan memerlukan sumber air yang banyak. Jadi utamakan minum air mineral atau air suam dengan banyak. Tapi awas, kurangkan minum air sejuk dari peti ais atau air yang ditambah ais kerana ini hanya akan menyebabkan lemak semakan suka melepak dalam perut dan anda akan semakin gendut.

Salah satu petua yang boleh anda amalkan adalah meminum air limau nipis suam. Jangan pula limau campur ais. Boleh campur dengan madu juga. Ini salah satu cara diet dimana anda boleh kawal jumlah lemak dalam perut.

Selain itu kurangkan rasa stress, bosan , sedih dan macam-macam lagi. Bila dalam keadaan seperti ini rasanya anda akan kuat makan. Bila makan pasti banyak. Jadi anda fahamlah kalau dah makan banyak tanpa kawalan ini. Dan kalau anda amalkan semua diatas, tanpa senaman juga rasanya proses akan jadi lambat.

Selamat mengempiskan perut. Skodeng sini untuk tips untuk kurus pula.

 

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *