Breaking News
Home » Petua Dan Tips » Cara Atasi Kembung Perut Dengan Cepat

Cara Atasi Kembung Perut Dengan Cepat

Cara Atasi Kembung Perut Dengan Cepat. Pasti ramai yang mengalami masalah kembung perut atau istilah biasa kita dengar masuk angin. Bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi ianya juga biasa berlaku kepada orang dewasa. Antara puncanya adalah dari pemakanan. Bagaimana hendak membuang angin dalam badan ?

Cara Atasi Kembung Perut
petua hilangkan kembung perut

Ada petua atau tips yang boleh anda cuba untuk menghilangkan kembung perut ini. Apa yang anda perlukan adalah halia sahaja. Rujuk cara dibawah dan selamat mencuba air halia penawar kembung perut.

1. Sediakan sebuku halia dan bersihkan.

2. Tumbuk halia tapi jangan sampai terlalu lumat sekadar hancur sedikit sudah memadai.

3. Sediakan air panas.

4. Masukkan halia yang dah ditumbuk tadi ke dalam gelas kosong.

5. Kemudian tuangkan air panas dalam gelas yang berisi halia

6. Tutup gelas tadi dengan piring. Biarkan selama 10 minit.

7. Selepas itu, tapis air tadi. Bahagikan kepada 2 bahagian. Setengahnya untuk anda   minum dan selebihnya untuk disimpan dalam peti sejuk.

8. Sekiranya perut anda masih belum lega, minumlah baki air halia yang dah disejukkan tadi.

9. Ulangi perkara diatas sehingga masalah kembung perut anda sembuh.

Selamat mencuba, kongsikan jika anda rasa ianya bermanfaat. Boleh juga cuba Petua Buang Angin Dalam Badan ini.

Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *