Menu Tutup

Campak Anak Dalam Laut

Kalau dah takut..apa pun boleh jadi..jadi janganlah kita takut…haha.(merapu sudah).
Seperti kisah ini : Panik dan terlalu takut dicekup pihak berkuasa, seorang ibu hilang pertimbangan sehingga sanggup mencampakkan bayi lelakinya berusia enam bulan ke laut semata-mata untuk menyelamatkan diri apabila diserbu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana disyaki mengemis di pesisiran Pantai Sabindo.

Bagaimanapun, bayi itu diselamatkan penguat kuasa JKM yang bertindak spontan terjun ke laut sebaik menyaksikan kejadian menyayat hati itu jam 10 pagi.Difahamkan, wanita berusia 30-an terbabit mengemis di kawasan itu sambil membawa bayi dan dua lagi anaknya masing-masing berusia enam dan tujuh tahun.Bagaimanapun, kedua-dua anak pengemis terbabit melarikan diri apabila terjun dan berenang hingga ke tengah laut bagi mengelak ditahan penguat kuasa.

Sisipan Bawah : kalau kita dah bersalah janganlah lari..nanti lagi menambahkan masalah..ada betul ka aku cakap.Kalau tak betul kasi betul la..haha.

Sumber

2 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *