Home » Berita » Cadangan Bayar Saman Trafik Serta Merta

Cadangan Bayar Saman Trafik Serta Merta

Saman Trafik Serta Merta – Sudah ada cadangan untuk mewajibkan bayaran trafik serta merta untuk kesalahan trafik. Perkara ini telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam. Melalui cadangan ini pengguna jalan raya yang dikenakan saman perlu membayar saman berkenaan pada masa yang sama ia dikeluarkan. Jika gagal membayar kenderaan boleh ditahan pihak berkuasa. 

Perkara ini dicadangkan kerana masalah saman tertunggak yang terlalu tinggi yang masih belum dijelaskan pesalah jalanraya. Cadangan itu juga terpakai untuk semua agensi penguatkuasaan kesalahan jalan raya, dan untuk semua jenis kesalahan jalan raya termasuk tidak mematuhi had laju, melanggar lampu isyarat dan memotong di garisan berkembar. 

Perkara ini masih diperingkat cadangan.



olahan dari sumber BERNAMA


Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *