Breaking News
Home » Santai » Cabaran SEO , Sekadar Mencuba Kemampuan Di Enjin Carian

Cabaran SEO , Sekadar Mencuba Kemampuan Di Enjin Carian

As salam, kali kedua aku mencuba dalam contest cabaran SEO ( Search engine optimization ). Kali ini mencuba kemampuan blog ini bersaing dalam cabaran SEO anjuran blog Eyriqazz.com . Di mana dalam cabaran ini mempertaruhkan keyword ” eyriqazz vs denaihati “. Dua nama besar dalam dunia blog yang menjadi kata kunci dalam saingan di enjin carian. Hadiah memang lumayan namun itu bukan motif utama. 

Mengikut syarat cabaran ini , pemenang akan ditentukan melalui kedudukan di enjin carian menggunakan keyword eyriqazz vs denaihati. Penentuan akan dibuat pada 1 september 2012. Masa masih terlalu panjang lagi. Kepada yang menyertai pasti berusaha untuk berada dalam kedudukan teratas enjin carian. Kepada yang kini berada di kedudukan teratas pasti berusaha pula mempertahankan ranking yang ada. Bukan mudah kerana kedudukan enjin carian ini pasti akan sentiasa berubah terutama bila ada penyertaan baru.

Yang pasti , penyertaan pasti datang dari blogger-blogger SEO yang hebat-hebat. Dimana ramai yang menggunakan domain dan hosting sendiri. Semua sedia maklum bahawa template wordpress mempunyai berbagai plugin dan mesra SEO. Aku yang masih hijau ini sekadar mempertaruhkan blog yang berhostingkan blogspot. Namun tidak salah mencuba. Kita bersaing secara sihat.Baru kita tahu kemampuan blog kita di enjin carian.

Alhamdulillah , sehingga saat ini kedudukan entri yang aku pertaruhkan untuk cabaran ini menunjukan prestasi yang bolehlah di banggakan..mampu berada di kedudukan 1 hingga 5 dalam senarai enjin carian untuk keyword eyriqazz vs denaihati. Namun kedudukan sentiasa berubah-ubah. Maklumlah terpaksa bersaing dengan blog yang terlalu hebat permainan SEO nya.

Kalau tak dipecahkan ruyung mana akan dapat sagunya..yeah.. 

Kedudukan keyword hari ini.. tapi kejap lagi jatuh kembali..naik balik.. jatuh balik..tapi harap mampu bertahan di muka pertama google..

Sekadar mencuba..

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

4 comments

  1. All the best bro..saingan memang hebat ni..

  2. hehehe…kali ni ko pula yg masuk ye..sy dah malas dah asyik kalah je..tapi ingat..jaga2 dgn google finalty!…

  3. goodluck bro, bersaing secara sihat ;D

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *