Home » Berita » Buku Teks Gambar Lelaki Kahwin Lelaki

Buku Teks Gambar Lelaki Kahwin Lelaki

Buku Teks Gambar Lelaki Kahwin Lelaki. Berlaku kesilapan dalam percetakan buku teks yang dikeluarkan oleh Syarikat Penerbitan Bagus Sdn Bhd. Dalam buku teks yang diterbitan itu memaparkan gambar salasilah lelaki berkahwin dengan lelaki. Syarikat itu meminta buku itu dipulangkan di kedai buku berdekatan.

Buku teks gambar lelaki kahwin lelaki
Buku teks gambar lelaki kahwin lelaki

Dengan mengakui kesilapan cetakan gambar itu adalah sesuatu yang tidak disengajakan, penerbitan berkenaan juga memaklumkan edisi baharu buku itu akan dicetak dan diganti semula dalam masa terdekat.

“Pihak kami meminta ribuan kemaafan di atas kesilapan itu. Pihak kami akan menarik semula semua stok yang telah diedarkan bagi buku bertajuk di atas dan menggantikannya dengan edisi baharu,” – Bagus Sdn Bhd
Sebelum ini ibu bapa digemparkan dengan sekeping gambar yang menunjukkan kesalahan satu buku teks sekolah yang memaparkan hubungan songsang dalam salasilah kekeluargaan, penerbit buku Dokumen, Standard, Kurikulum dan Pentafsiran (DSKP) Sejarah tahun empat. Gambar itu tersebar melalui sistem pesanan WhatsApp dan menimbulkan pelbagai persoalan mengapa perkara itu boleh terjadi.
kenyataan Facebook kesilapan cetakan buku teks
kenyataan Facebook kesilapan cetakan buku teks
Penerbitan Bagus adalah sebuah syarikat yang menerbitkan buku kerja, kertas model dan bahan bacaan umum berkualiti tinggi. Mereka menekankan misi pelajar didahulukan, pencapaian diutamakan dan ditubuhkan pada 1 Jun 2013 selain ibu pejabat syarikat itu beralamat di Shah Alam, Selangor.

sumber astro awani

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *