Breaking News
Home » Info Hiburan » Bukan Nak Cari Gaduh Dengan Pemilik Myvi

Bukan Nak Cari Gaduh Dengan Pemilik Myvi

Bukan Nak Cari Gaduh Dengan Pemilik Myvi. Nampaknya kes kemalangan di Lebuhraya DUKE masih hangat diperkatakan terutama dilaman media sosial. Berbagai cara orang menyampaikan pendapat. Ada yang berhemah namun ramai yang dengan cara yang agak kurang sesuai dengan caci makian dalam membuat status dan membalas komen-komen.

Namun berbeza dengan cara pelakon muda Johan Asari yang cuba menyampaikan mesej nasihat melalui video namun menjadi kontroversi apabila orang tidak faham mesej yang cuba disampaikan. Johan As’ari tidak berhasrat menimbulkan kemarahan pemilik kenderaan Myvi selepas menuat naik video menasihati pemandu kenderaan itu agar mementingkan keselamatan.

johan asari
johan asari

Dialog yang terdapat dalam video Johan

“Eh kau budak Myvi ea? Engkau jangan buat hal! Aku tumbuk muka kau kang! Kau bawa kereta tu hati-hati sikit memandu, kalau tak larat bawa kereta laju-laju bawa ketengah kiri pun boleh. Engkau jangan buat hal kau budak myvi ea? Aku tumbuk muka kau.”

Johan mengatakan dia tidak bermaksud menyalahkan atau memburukan pemandu myvi namun sekadar memberi nasihat secara umum.  Bukan ingin mencari publisiti murahan mengenai perkara ini dan memohon maaf kepada orang ramai yang tersinggung dan salah faham mengenai video yang dimuat naik itu.

Untuk rekod  dalam kejadian itu Fairuz Nizam, 35, isterinya Nova Safitri, 27, serta seorang anak perempuan mereka berusia tujuh bulan, Nur Annisa Firuza tercampak keluar dari kenderaan selepas dirempuh Myvi yang dikatakan sedang berlumba di lebuhraya DUKE.

sumber mStar

Check Also

mia ahmad izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi. Tahniah buat kedua pasangan yang telah selamat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *