Home » Berita » Bukan Jalur Gemilang Yang TMJ Maksudkan

Bukan Jalur Gemilang Yang TMJ Maksudkan

Bukan Jalur Gemilang Yang TMJ Maksudkan. Berbagai versi dan cerita tersebar di media sosial berkaitan isu penurunan bendera yang dititahkan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana sambutan hari kebangsaan telah selesai. Namun salah faham menyebabkan berbagai spekulasi dibuat oleh warga pengguna media sosial hingga timbul kembali isu Johor mahu keluar dari Malaysia.

Dalam surat itu, TMJ dikhabarkan telah bertitah bahawa semua bendera Jalur Gemilang di negeri itu hendaklah diturunkan serta-merta dan digantikan dengan bendera daerah masing-masing.

Sementara itu Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismail Karim menafikan dakwaan dan spekulasi sesetengah pihak yang titah Tunku Mahkota itu membawa erti kononnya “Johor mahu keluar dari Malaysia”.  Titah menurunkan bendera berkenaan adalah berikutan sambutan Hari Kebangsaan telah selesai, dan meminta digantikan dengan bendera daerah masing-masing.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor menasihat  orang ramai supaya merujuk kepada kerajaan negeri sekiranya timbul sebarang isu.

Mustahil untuk Johor keluar dari Malaysia kerana proses berkenaan iaitu keluar dari Malaysia adalah banyak dan panjang. Kita juga telah bersetuju untuk bersama-sama dengan kerajaan Persekutuan – Datuk Ismail Karim

Jalur Gemilang
Jalur Gemilang

sumber Sinar

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *