Breaking News
Home » Berita » Buat Semakan Di Laman Web SPAD Elak Penipuan Sindikit Bas

Buat Semakan Di Laman Web SPAD Elak Penipuan Sindikit Bas

Semak senarai bas di laman web SPAD bagi elak sindikit penipuan – Musim perayaan pasti ramai yang akan  pulang ke kampung. Bagi yang menggunakan kenderaan awam seperti bas boleh membuat semakan melalui laman web SPAD Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat  di www.spad.gov.my

Semakan ini bertujuan mengelakkan orang ramai keliru atau tertipu dengan sindiket tidak bertanggungjawab yang menawarkan tiket tidak sah kepada pengguna.Selain menyemak senarai bas, penumpang juga perlu memastikan bas yang bakal mereka naiki mempunyai permit sah atau mendapat kelulusan Lesen Perubahan Sementara (LPS) daripada SPAD.

Selain memaparkan senarai nama syarikat dan nombor pendaftaran bas yang diluluskan di laman web SPAD, orang ramai disaran berhubung dengan SPAD di talian 1-800-88-7723, Twitter di @aduanSPAD atau e-mel di aduan@spad.gov.my untuk sebarang pertanyaan.


sumber Bernama

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *