Breaking News
Home » Berita » Brunei Laksana Hudud Bermula 1 Mei 2014

Brunei Laksana Hudud Bermula 1 Mei 2014

Brunei Laksana Hudud Bermula 1 Mei 2014 | Hudud di Brunai – Brunei akan mula melaksanakan hukum hudud berperingkat mengikut fasa bermula 1 Mei 2014. Perkara ini telah diumumkan oleh Sultan Brunei , Sultan Hassanal Bolkiah. 

Hari ini saya bersyukur kepada ALLAH SWT untuk mengumumkan bahawa esok, Khamis, 1 Mei 2014, akan menyaksikan penguatkuasaan undang-undang syariah fasa satu, yang perlu diikuti oleh fasa-fasa lain,”

Penguatkuasaan hukuman hudud itu termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina. Sungguhpun mendapat kritikan daripada Pertubuhan Hak Asasi Manusia PBB, Sultan Brunei dengan tegas memberi amaran bahawa penekanan lebih kuat akan dilaksanakan jika undang-undang itu cuba dirosakkan oleh pengaruh asing. Hampir 70 peratus daripada 400,000 rakyat negara itu adalah penduduk Islam manakala kira-kira 15 peratus adalah bukan Islam.

sumber Sinar

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *