Home » BR1M » Borang Permohonan BR1M 2015 Online Dan Manual

Borang Permohonan BR1M 2015 Online Dan Manual

Borang Permohonan BR1M 2015 Online Dan Manual. Hari ini 1 Disember 2014, anda telah pun boleh membuat semakan permohonan baru secara online BR1M 2015 4.0. Borang Permohonan BR1M 2015 boleh didapati secara Online Dan Manual.

Borang BR1M 2015 Online

Cara Permohonan BR1M 2015 Online | Borang Online
Pemohon baru hanya perlu mengisi borang permohonan secara online menerusi laman web rasmi BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my ataupun terus ke sistem permohonan di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx

Permohonan baru merujuk kepada pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon yang tidak layak sebelum ini kerana tidak menepati kriteria ditetapkan. Permohonan secara online ini bermula 1 Disember ini sehingga 31 Disember 2014

Borang BR1M 4.0 ManualĀ 
Permohonan secara manual iaitu menggunakan borang yang boleh didapati di
-Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
-Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
-Jabatan Pembangunan Persekutuan
-Jabatan Kebajikan Masyarakat
-Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
-Online di laman sesawang www.hasil.gov.my

Borang yang telah diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan

 

Check Also

BR1M 2016

Tarikh Bayaran BR1M 2016

Tarikh Bayaran BR1M 2016. Pasti ramai yang ingin tahu bila bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *