Breaking News
Home » Berita » Borang BR1M Yang Difotostat Boleh Digunakan

Borang BR1M Yang Difotostat Boleh Digunakan

Borang BR1M Fotostat Diterima – “Borang asli yang telah difotostat boleh digunakan, selagi format borang tidak diubah, maka ia sah digunakan,” seperti kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.Borang skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang difotostat daripada borang asal boleh digunakan orang ramai untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan RM500.Ini berikutan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang permohonan BR1M yang difotostat bagi tujuan mendapatkan bantuan itu.

Borang BR1M akan diiklankan di akhbar-akhbar utama pada Isnin ini selain boleh didapati melalui laman web Kementerian Kewangan.Mereka yang berdaftar dengan e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan mendapat pemberian RM500.Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia juga boleh didapati melalui agensi-agensi yang telah ditetapkan.

Tarikh akhir menghantar borang permohonan BR1M ialah 10 Jan 2012.

sumber BH Online

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *