Breaking News
Home » Uncategorized » Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M

Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M

Bermula hari ini 10 Disember 2011 hingga 10 Januari 2012 borang permohonan Batuan Rakyat 1Malaysia akan mula dikeluarkan.Berikut adalah sedikit info tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M.
Borang permohonan BR1m boleh didapati secara percuma di semua Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri,Jabatan Penerangan,Jabatan Pembangunan Persekutuan,agensi-agensi kerajaan serta lobi Utama Kementerian Kewangan ,Putrajaya dan sekolah-sekolah terpilih.
– Borang yang lengkap perlu dikepilkan dengan salinan kad pengenalan dan diserahkan ke Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri,sekolah-sekolah terpilih,pejabat cawangan LHDN atau 17 buah Pusat Khidmat Hasil di seluruh negara.


Kriteria atau kelayakan pemohon
– Keluarga dengan pendapatan isi rumah RM3000 ke bawah
– Ketua isi rumah yang merangkumi
1-Seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3000 kebawah.
2-Individu yang berkahwinan ,ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, bujang dengan tanggungan atau warga emas (berumur 60 tahun keatas) yang tinggal sebatang kara.
3-Setiap anak berkahwin yang mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3000 dan kebawah tetapi tinggal serumah dengan ibu bapa.
4-Lelaki yang berpoligami tidak layak memohon tetapi isteri-isterinya layak memohon secara berasingan dengan syarat pendapatan dibawah RM3000

Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *