Breaking News
Home » Berita » Bonus Penjawat Awam Dan Bayaran Khas Pesara

Bonus Penjawat Awam Dan Bayaran Khas Pesara

Bonus Penjawat Awam Dan Bayaran Khas Pesara Dibayar Pada 9 Ogos 2012 – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas kepada pesara kerajaan yang berjumlah RM500. Bayaran bonus dan bayaran khas untuk pesara ini akan dibayar pada 9 ogos.Bayaran Bonus Penjawat Awam dan bayaran khas ini akan melibatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan. 

Presiden CUEPACS , Datuk Omar Osman, berkata pemberian bonus dan juga Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap dedikasi penjawat awam serta pesara kerajaan. Manakala Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM), Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh, berkata bayaran khas itu membuktikan kerajaan prihatin terhadap para pesara yang dahulunya pernah berkhidmat dan berkorban tenaga dalam proses pembangunan negara. 


Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *