Home » Santai » Boleh Tahan Juga Eh..

Boleh Tahan Juga Eh..

As Salam..dah makan..dah lunch..dah settle kerja .. dah abis kelas? haha..tak kisahlah apa pun kan.Perjalanan kehidupan mesti diteruskan.Amanah dunia dan akhirat harus disempurnakan.Betul tak..ok ini pembuka bicara je..cerita boleh tahan ke..tak boleh tahan ke kat bawah..( taktik nak panjangkan entri ler ni ).
Kata pepatah,melentur buluh biar jadi rebungkan..tapi aku belum pernah tengok lagi ada orang yang melenturkan buluh..tapi itu peribahasakan..ada makna yang tersirat.Cuma aku nak bagi tahulah yang sejak minggu lepas aku dah ditambah satu lagi kerja..ermm menghantar anak sulung aku yang berumur 6 tahun ni ke padang latihan..kenapa eh?
Anak aku ni terpilih dalam team futsal sekolah tabika KEMAS tempat dia belajar sekarang..sebab minggu depan ada perlawanan futsal antara tabika..kih kih..boleh tahan juga aku tengok bebudak kecil ni main.Mana bola pergi semua orang kat padang tu kejar..tak der nak fikir posisi apa pun.Tapi tak apalah bebudak kecilkan..tapi bagus juga dari kecil ni dah dilatih dan didik untuk bergiat dalam sukan..mana tahu ada bakat boleh juga jadi pelapis.
Tapi bila malam lak..satu hal lagi kerja kena buat.. sebab dia mesti cakap macam ni ” kaki sakitlah,nak urut..” ermm ..ermm..ermm.. adeh.. buat-buat lelap..dan confirm maknya kena tolong picit-picitkan kakinya..haha..

Check Also

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Pihak PDRM telah …

6 comments

  1. peh..teror anak ko kiz.. semoga menjadi pelapis msyarakat.. 🙂

  2. Azhafizah[フィザ]

    baguslah,kecik kecik dah aktif join aktiviti skolah.harap2 menang nanti.^_^

  3. dah ada anak yang sekolah ke??

  4. hahaha tak lama lagi kalau ada soccer kid, leh la masukkan dia bro 🙂 mana tau kan rezeki anak 🙂

  5. wah ada bakat jadi soccer kids ni..bro kasi la support kat die..hee

  6. kena asah bakat dr sekarang

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *