Home » Uncategorized » BN Youth Music Music 2011

BN Youth Music Music 2011

BN Youth Music Music 2011.Pertandingan BN Youth Music 2011 yang julung kali diadakan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), dilancarkan hari ini dengan peserta hanya perlu memuat naik video persembahan mereka untuk dinilai juri profesional.30 peserta terbaik akan dipilih untuk membuat persembahan secara langsung dalam pusingan separuh akhir dan 12 terbaik akan dipilih untuk ke pusingan akhir pada Januari depan.

Peserta boleh mula memuat naik video enam minit di laman web www.bnyouthmusic.com sebelum tempoh penyertaan tamat akhir tahun ini.Juara bagi kategori solo, vokal berkumpulan dan band akan diberi peluang untuk membuat rakaman dengan Syarikat Universal Music Malaysia, selain akan membawa pulang hadiah wang tunai dari RM20,000 hingga RM10,000 dan trofi.Antara juri yang akan mengadili pertandingan online ini adalah Awie dan Zed Zaidi.


-BH Online-

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *