Breaking News
Home » Berita » Blog Anwar Ibrahim Digodam

Blog Anwar Ibrahim Digodam

Blog Anwar Ibrahim Digodam – Blog milik pemimpin Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim digodam dan dimuatkan dengan ‘perutusan Aidilfitri’, antara lain ‘meminta maaf’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Laman itu, http://anwaribrahimblog.com, digodam kira-kira 20 minit selepas Ketua Pembangkang selesai muncul dalam sesi Borak Bersama Anwar Ibrahim malam semalam. 

Kini blog itu telah pun pulih dan pihak yang mengendalikan laman blog Anwar Ibrahim telah pun mengeluarkan satu artikel khas menafikan artikel iyu dikeluarkan oleh mereka. Berikut adalah petikan artikel yang dikeluarkan di laman blog Anwar Ibrahim.


Salam hormat.
Untuk makluman pembaca, blog ini telah digodam sekitar jam 11.50 malam tadi dan sebuah posting palsu kononnya ‘perutusan khas’ oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dimuatnaik di blog ini.
Pihak pentadbir blog mengesahkan bahawa ‘perutusan’ tersebut adalah palsu dan bukan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, justeru telah mengeluarkan posting tersebut serta merta.
Pihak kami difahamkan keratan skrin posting tersebut telah berjaya dirakam dan kini giat disebarkan oleh cybertroopers UMNO bertujuan memburuk dan memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Sekian, harap maklum.
sumber SinarHarian dan Blog Anwar ibrahim

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *