Home » Resepi » Biskut Raya Popular

Biskut Raya Popular

Biskut Raya Popular. Bila tiba musim lebaran terutama pada hari raya aidilfitri, pasti ramai yang akan mula berkira-kira menentukan juadah yang akan dihidangkan. Selain makanan dan kuih tradisional , biskut moden juga menjadi pilihan. Ada yang telah pun membuat tempahan awal , ada yang akan membuat dengan tunjuk jari sahaja .. maksudnya membeli sahaja disaat akhir dan yang rajin akan membuat sendiri biskut raya mereka.

Yang pasti buku buku resepi , laman web resepi akan menjadi tumpuan. Sudah menjadi trend terkini dengan capaian internet yang meluas ramai yang akan mencari resepi kuih raya yang sedap serta mudah dibuat atau dimasak.

Biskut raya
Biskut Raya – gambar hiasan

JENIS BISKUT RAYA POPULAR

Biskut Ferrero RocherAlmond London, biskut aiskrim nestum , biskut batang buruk , biskut badam , biskut coklat dan berbagai lagi sekadar menyebut beberapa nama. Sebenarnya nama biskut ini berbeza-beza walau kekadang biskut sama sebab ianya mengikut resepi yang dibuat. Namun lagi orang membuat lain rasanya. Tak pandai buat kompom tak sedap walau tiru resipi yang memang terbukti resepi biskut raya sedap.

Kepada yang ingin membuat persediaan dan ingin berjimat, rasanya elok membuat biskut sendiri kerana dengan modal yang sedikit anda akan dapat dua kali ganda dari membeli. Namun kepada yang tiada masa boleh sahaja order dan beli , lebih mudahkan.

Untuk yang ingin mencuba resepi kuih raya yang popular, boleh sahaja mencari dilaman web atau blog yang memang banyak menyediakan berbagai juadah hari raya bukan sahaja terhad kepada biskut. Buku-buku resepi juga banyak di pasaran. Televisyen juga pasti akan menyiarkan berbagai rancangan masakan sempena ramadan ini.

Sepanjang ramadan ini juga Mysensasi akan berkongsi berbagai resepi biskut raya yang popular untuk rujukan anda.

Check Also

kau aku kita raya

Sinopsis Kau Aku Kita Raya

Sinopsis Kau Aku Kita Raya. Pasti ramai yang masih ingat akan drama Kau Aku Kita …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *