Home » Info Hiburan » Biodata Puteri Balqis Azizi

Biodata Puteri Balqis Azizi

Biodata Puteri Balqis Azizi. Nama pelakon kanak-kanak ini sudah pun berada sebaris dengan pelakon dewasa. Gaya lakonan yang hebat dan berjaya membawa watak yang penuh emosi menjadikan Puteri Balqis atau nama panggilan Aqish mampu memenangi beberapa anugerah lakonan. Apa kata kita lihat biodata atau profile pelakon cilik berbakat ini.

Puteri Balqis
Puteri Balqis

Nama penuh: Puteri Balqish Azizi
Nama komersial: Aqish
Umur: 8 tahun (2015)
Tarikh lahir: 12 April 2007
Kerjaya: Pelakon dan komersial kanak-kanak
Adik beradik: Anak tunggal
Nama ibu dan bapa: Azizi Aziz dan Norashikin Mohd Aziz

Pencapaian Lakonan Aqish
Artis Harapan (Anugerah Skrin 2012)
Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin ke-18
Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Televisyen 2014.

Telah banyak drama yang dilakonkan oleh Aqish antaranya Dee, Dia Suamiku, Gemilang, Pelarian, Bicara Hati, Takdir Qismah, Cinta Itu Milikku, Hanya Dengan Bismillah dan yang terkini ditayangkan di Slot Akasia Tv3 bermula 18/11/2015 adalah drama Akulah Balqis.

Puteri Balqis turut pernah membintangi telemovie Qish Qish Qish, Balqish, Zuriat Yang Tercalar, Anak Lorong, Mr. Labuci, Aku Bukan Mashitah,Poskad Dari Switzerland

Kepada yang perasan dan masih ingat, beliau juga pernah menjayakan beberapa iklan komersial di televisyen antaranya Nestle, Susu Everyday, Courts Mammoth dan Maxis MerdekaRaya

Turut pernah terlibat dalam filem 1 Lawan Satu

Check Also

Biodata usop mentor milenia 2017

Biodata Usop Mentor Milenia 2017

Biodata Usop Mentor Milenia 2017. Nama yang mula menjadi viral di facebook dan instagram selepas …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *