Breaking News
Home » Berita » Biodata Datuk Muhammad Ibrahim Gabenor Bank Negara

Biodata Datuk Muhammad Ibrahim Gabenor Bank Negara

Biodata Datuk Muhammad Ibrahim Gabenor Bank Negara. Semua telah sedia maklum bahawa bermula 1 Mei 2016 kita akan mendapat Gabenor Bank Negara yang baru apabila¬†Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz akan tamat tempoh selako gabenor yang ke tujuh. Ini bermakna Datuk Muhammad Ibrahim adalah gabenor yang ke lapan dalam sejarah perbankan Malaysia.

Datuk Muhammad Ibrahim Gabenor Bank Negara
Datuk Muhammad Ibrahim Gabenor Bank Negara

Dibawah adalah biodata ringkas Datuk Muhammad Ibrahim yang juga Gabenor Bank Negara Malaysia yang baru bermula 1 Mei 2016

  • Nama : Datuk Muhammad Ibrahim
  • Umur : 56 tahun (Tahun 2016)
  • Jawatan Terkini : Gabenor Bank Negara Kelapan bermula 1 Mei 2016
  • Jawatan Sebelum : Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia sejak 2010
  • Tarikh Sertai Bank Negara : 1984

Latar Belakang Pendidikan

  1. Sijil Sarjana daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat
  2. Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Malaya
  3. Diploma Lanjutan Perbankan Islam dan Kewangan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Tugas-tugas lain

  1. Pengerusi Agensi Akreditasi Kewangan
  2. Ahli Lembaga Dana Persaraan Diperbadankan
  3. Ahli Institut Akauntan Malaysia
  4. Ahli panel Dana Amanah Nasional
  5. Pengerusi Senat Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam
  6. Pengerusi Jawatankuasa Irving Fisher Statistik Bank Pusat, Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa
  7. Felow Institut Ahli Perbankan Bertauliah Asian.

Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *