Breaking News
Home » Info Sukan » Bintang Di Euro 2012 | Mampukah Mereka Menyinar

Bintang Di Euro 2012 | Mampukah Mereka Menyinar

Euro 2012 di Poland dan Ukraine bakal menghimpunkan beberapa bintang ternama benua eropah.Mereka menyinar bersama pasukan kelab masing-masing didalam liga domestik utama eropah seperti EPL , La Liga , Serie A dan Bundesliga. Di Euro 2012 mereka bakal mengalas cabaran negara masing-masing yang mungkin akan berbeza dengan cara permainan kelab yang mereka wakili.Disini aku senaraikan beberapa pemain bintang bolasepak eropah.Persoalannya mampukah mereka memberi impak dalam EURO kali ini? Disini aku senaraikan dulu 3 pemain yang dijangka menyinar atau mungkin juga akan malap di EURO nanti..

WAYNE ROONEY – ENGLAND
Wayne Rooney bintang Manchester United, membuat penampilan pertama di peringkat antarabangsa pada tahun 2003, dan menjadi yang pemain termuda mewakili England (rekod kemudian dipecahkan oleh Theo Walcott). Dia merupakan penyerang termuda yang pernah mewakili England. Penampilan beliau di UEFA Euro 2004 dengan menjaringkan empat gol, secara tidak langsung menjadikan beliau antara persaing penyerang termuda. Rooney juga telah muncul pada tahun 2006 dan 2010 dalam saingan Piala Dunia dan ini secara tidak langsung telah menganggap beliau sebagai pemain terbaik negaranya. Dia telah menerima Anugerah England Player Of The Year sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2008 dan 2009. Sehingga September 2011, beliau telah memenangi 73 kap antarabangsa dan menjaringkan 28 gol.

Pada EURO 2012 Rooney tidak akan bermain untuk dua perlawanan awal peringkat kumpulan akan menerima kad merah dalam perlawanan terakhir peringkat kelayakan.

CRISTIANO RONALDO – PORTUGAL
Cristiano Ronaldo memulakan penampilan pertama untuk Portugal pada Ogos 2003. Beliau menyertai Euro 2004 dan telah menjaringkan gol dalam kekalahan 2-1 peringkat kumpulan menentang Greece dan kemenangan 2-1 peringkat separuh akhir menentang Belanda. Beliau mendapat nama dalam pasukan terbaik kejohanan walaupun berkesudahan dengan hanya dua gol. Dalam tahun yang sama, beliau juga mewakili Portugal dalam Sukan Olimpik 2004.

Ronaldo antara pemain penting dalam pasukan Portugal dan dijangka dia mampu menyerlah dalam kejohanan EURO 2012.

FERNANDO TORRES – SEPANYOL
Pemain yang mengalami prestasi tidak menentu semenjak membantu Sepanyol menjuarai EURO 2010.Prestasi kurang memberangsangkan ketika mewakili Liverpool dan Chelsea menjadikan pemain ini sering disisihkan dalam skuad Sepanyol.Namun sejak membantu Chelsea menjuarai liga juara-juara baru-baru ini telah memberi keyakinan kepada Torres untuk kembali menemui sentuhan sebagai seorang penyerang yang digeruni.Gol ketika aksi persahabatan dalam persedian Sepanyol ke Euro 2012 ketika menentang Korea Selatan telah meletakan kembali harapan yang Fenando Torres mampu menyinar di EURO 2012.












Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

One comment

  1. masih xdapat nk tentukn pasukan mana mnjadi pilihan hati..ermm… ^_^

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *