Home » Uncategorized » Bila Murai Masuk Dalam Tempayan

Bila Murai Masuk Dalam Tempayan

Pot pet pot pet bla..bla pot pet.Lepas dia,dia lagi..habis orang lain tak boleh cakap.Orang lain pasang zip kat mulut..diam.Setiap perkara semua tahu sampai hal-hal dalam kelambu orang pun leh tahu..dan lagi pantas dari internet cerita tersebar.Biasalah..ikut sedap mulut je..apo peduli orang punya air muka..

Tapi paling bahaya bila murai berjumpa tempayan.Terbang-terbang terus terjun menjunam mandi manda dalam tempayan..sambil-sambil tu cerita-cerita hal yang bukan-bukan.Kena tempayan yang besar perigi..memang tak boleh tutup punya.Bergema cerita seantero dunia.Yang rahsia dah tak jadi rahsia..yang busuk tersebar bau-bauannya.Yang mendengar ada yang menapis dalam kepala..yang memang suka terus mencatuk tambah perisa..oh sesedap mulut je..

Itulah alkisahnya..kerana pulut santan binasa..kerana mulut orang lain yang kena..Awas siapa si mulut murai,siapa si mulut tempayan.Mereka ada di sekeliling kita,menunggu masa merobek rahsia.Siapakah mereka?

Dah baca.. LIKE ler…haha

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

9 comments

  1. aku rasa nak tampar je kalau jumpa orang cakap banyak macam murai ni. hahaha bising

  2. tak suka dengan murai dan juga tempayan…murai kerana bising, tempayan sebab mulut ternganga ja…heheh

  3. btul tu bro..kerana mulut..pulut pun abis.. kih kih kih

  4. lempang je.. huhu

  5. patut la tersedak2 dri tadi. rupanya ada yg dok menyebut2 cik murai ye..

    sabar je la ye… kalau dh takleh nak than lagi, pegi je lempang dia laju2. mesti tenang lepas tu. hehehe

  6. mulut tempayan memang aku anti gila lah..cam xde insuran je..

    memangla mulut tak bertulang tapi dari situ orang boleh nilai perangai dia camner hehe..

  7. yang perempuan si mulut murai..
    yang lelaki si mulut temmpayan..
    kalau dijodohkan mesti meriah rumah tangga..
    ekekekek

  8. kerana mulut badan binasa kan
    huhuhuhuhu

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *