Home » Uncategorized » Bila Dia Bercerita

Bila Dia Bercerita

Dia kata dia hebat
hebat berdebat perkara yang hebat hebat
cakap memang lebat
satu isu memang cepat tiada yang terlambat..
Semua dia yang sebat..
Boleh ke di kira hebat?

Bila dia bercerita
tak ada seorang pun yang boleh mencelah
buka mulut gerenti kena hentam
kau kata orang tak faham
hanya kau yang ada saham
boleh canang biar orang faham..
tapi sampai aku sendiri jadi tak faham..!

Jadi ceritalah ikut apa yang kau suka
aku hanya mendengar sahaja
mana yang baik aku ambil
mana yang buruk kau telanlah sendiri

Nukilan Eila

Check Also

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Pihak PDRM telah …

One comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *